Derita Sakit Sendi

Sendi adalah struktur yang menghubungkan antara tulang dengan tulang lain dalam badan yang membenarkan pergerakan.

Sendi manusia terdapat di tulang belakang juga di bahagian bahu, siku, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku lali, jari kaki dan di tangan.

Sakit Sendi atau keradangan Sendi merupakan gejala kepada lebih 100 penyakit yang berkaitan dengan Sendi.

Yang paling sering berlaku adalah arthrtis dan gout.

Semakin meningkat usia, struktur di bahagian Sendi ini semakin merosot dan tidak mampu berfungsi dengan sepenuhnya lalu menyebabkan ruang dalam Sendi tersebut berkurangan dan tulang boleh bergesel di antara satu sama lain.

Keadaan ini megakibatkan kecederaan tisu dan berlaku keradangan di Sendi tersebut.

PUNCA SAKIT SENDI
• Umur yang semakin meningkat punca kawasan Sendi kurang berfungsi dengan baik
• Jantina yang kebanyakkannya berlaku pada kaum wanita
• Genetik berkait rapat dengan banyak penyakit yang melibatkan Sendi seperti arthritis dan gout
• Berat badan berlebihan akan memberi tekanan pada Sendi sehingga menyebabkan kecederaan
• Kecederaan dan kemalangan pada Sendi
• Kerja berlebihan dengan postur badan yang salah seperti mengangkat berat penyebab kawasan Sendi cedera
• Menghidap penyakit lain antaranya penyakit tulang dan saraf
• Jangkitan Bakteria dan Virus

Selain dari rasa sakit terdapat simpton simpton lain yang menunjukkan bahawa Sendi anda bermasalah antaranya ;
• Sendi rasa tegang
• Sendi bengkak dan merah
• Sendi terasa lebih panas apabila disentuh
• Pergerakan Sendi yang terhad
• Sendi tersekat (locking)

RAWATAN
Rawatan yang disyorkan oleh doktor bergantung pada punca sakit atau bengkak Sendi anda. Kami cuba kongsikan beberapa cara yang anda boleh guna pakai untuk merawat masalah Sendi ini ;

• Letakkan ais atau pek sejuk yang dibalut dengan kain ke bahagian Sendi yang sakit atau bengkak selama 10 ke 30 minit pada satu masa untuk membantu mengurangkan kemerahan dan bengkak.

• Letakkan tekanan pada Sendi menggunakan pembalut elastik atau balut. Tinggikan Sendi ketika anda berehat iaitu pada paras yang lebih tinggi dari jantung anda.

• Ambil ubat tahan sakit seperti paracetamol (panadol) atau kumpulan NSAID yang lain (jika paracetamol tidak membantu).

• Elakkan dari bergerak atau meletakkan sesuatu yang berat pada Sendi yang cedera untuk jangkamasa tertentu.

• Walaupun anda digalakkan untuk memberi masa pada tubuh anda untuk sembuh dengan tidak menggunakan Sendi terlalu lama juga boleh menyebabkan kekuatan otot dan gerakan anda merosot.

• Sebaiknya sarung kasut yang rata

Rawatan seterusnya anda boleh cuba dengan LOSYEN MUSTAJAB PATI HALIA yang di formulakan untuk pelbagai kegunaan bagi menyelesaikan masalah kesihatan antaranya Sakit Sendi.

Bila tiba sakit pada bahagian Sendi ini, rutin harian anda akan tergendala sehingga memaksa anda untuk berbaring dan kurangkan bergerak.

Penggunaan Losyen Mustajab Kuning ini sangat membantu untuk melegakan kesakitan pada Sendi anda.

Hanya duduk di sofa atau di atas katil, anda sendiri boleh Sapu Sapu Mustajab ini pada bahagian Sendi yang terasa kesakitan.

Anda boleh lakukan sendiri tanpa bantuan sesiapa, nampak betapa mudahnya malah ianya tidak memerlukan anda pandai berurut, akan lebih memudaratkan cukup sekadar sapu perlahan lahan.

Fungsi Losyen Mustajab Kuning ini tidak hanya fokus pada Sakit Sendi sahaja malah turut membantu meringankan Sakit Otot, Sakit Pinggang, Lenguh Lenguh Badan, Sakit Gout juga membantu Buang Angin dalam badan.

Masalah Angin dalam badan ini tidak hanya sukar buang angin atau sendawa malah Kembung Perut akibat masuk Angin yang mudah menyerang golongan dewasa juga kanak kanak.

Sakit Senggugut juga antara masalah golongan wanita hampir setiap bulan sehingga mengganggu rutin harian anda.

Tip dari kami, anda boleh mula Sapu Sapu 5 hari sebelum hari haid pertama sehingga ke hari akhir untuk membantu agar sakit berkurangan.

Untuk elakkan dari kesakitan berulang, ikhtiar Sapu Sapu Mustajab ini secara konsisten, sebaiknya pada waktu pagi selepas anda mandi dan di ulang sekali lagi pada malam hari sebelum anda tidur.

Penggunaan yang berterusan antara solusi yang akan membantu mengurangkan kesakitan anda.

Berita baik untuk anda yang Perut Boroi, Buncit atau Gendut, ramuan Pati Halia pada Losyen ini juga sangat bagus untuk Perut anda Kembali Kempis.

Isian Losyen Mustajab yang tidak berminyak, jauh bezanya dengan minyak urut, mudah meresap pada kulit, memiliki bauan yang menyegarkan, mesra solat dan wudhu.

Rumusannya, Losyen Mustajab Pati Halia ini wajib ada di setiap kediaman kerana ianya sangat bermanafaat dan menepati ciri ciri pelbagai guna yang mana sesuai untuk seisi keluarga di peringkat warga emas, dewasa, remaja termasuklah kanak kanak di usia 5 tahun ke atas.

SAPU-SAPU JER, MUSTAJAB!
Seksa Senggugut Seksa Senggugut

Fungsi Dan Kegunaan Losyen
Antara kegunaan Losyen Mustajab Pati Halia adalah mengurangkan perut buncit dan membuang angin dalam badan. Sapuan yang kerap di kawasan bermasalah seperti selepas mandi dan sebelum tidur dapat mengurangkan masalah tersebut, selain membantu mengurangkan selulit. Salah satu punca perut buncit adalah disebabkan oleh angin, dan Losyen Mustajab Pati Halia dapat membantu masalah tersebut. Gunakan secara konsisten dan dibantu dengan senaman ringan serta pemakaian bengkung, anda pasti mendapat kesan yang optimum.

Selain itu, Losyen Mustajab Pati Halia juga digunakan untuk mengurangkan sakit-sakit sendi dan otot, lenguh-lenguh pinggang, kesakitan akibat gout serta lemah-lemah badan. Urut perlahan-lahan di tempat yang sakit dan dapatkan rehat secukupnya.

Membantu Masalah Wanita
Masalah senggugut yang sering dihadapi oleh kalangan wanita juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Losyen Mustajab Pati Halia. Rasa hangat dapat memberikan kelegaan pada tempat sakit dan perlahan-lahan sakit tersebut akan berkurangan.

Losyen Mustajab Pati Halia keluaran Dunia Herbs terbukti mempunyai banyak kelebihan serta kegunaannya. Ianya mudah dibawa kemana sahaja dan sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat (Tidak sesuai untuk bayi).

Harga : SM RM23.00 / SS RM26.00
Kandungan : 130ml

Info Lanjut : Klik Disini
Beli Online : Klik Disini

* Kesemua produk dari Dunia Herbs ini mudah didapati di toko² atau kedai jamu dan hypermarket di seluruh Malaysia!

Talian Khidmat Pelanggan : 017-3798861

Whatsapp : Klik Terus Disini

Shares

Leave a Reply