Cara Untuk Mengatasi Perut Buncit Selepas Bersalin

Buncit

Buncit
Buncit

Selepas melalui fasa bersalin, perkara yang menyeramkan golongan wanita yang bergelar ibu adalah perubahan pada bahagian Perut yang kelihatan Buncit dan mengelebeh seakan hamil 4 bulan dan ini sudah pasti mempengaruhi potongan bentuk badan yang tidak lagi seperti zaman dara sunti.

Mula sibuk dengan rutin harian menguruskan bayi yang baru lahir kemudian perlu kembali bekerja selepas habis fasa berpantang antara penyebab wanita moden masa kini mengabaikan penjagaan bentuk badan.

Petua dan amalan warisan orang lama semakin dilupakan kerana anda lebih memilih proses berpantang yang moden, mudah dan segera.

Bagi yang berkemampuan, sudah pasti anda memilih ‘slimming center’ yang menawarkan pakej ribuan ringgit untuk mempercepatkan proses Perut anda Kempis tetapi tidak semua wanita bertuah atau berpeluang dengan kaedah ini.

Masih terdapat pelbagai cara dalam usaha Mengempiskan Perut anda yang tidak melibatkan sumber kewangan yang berlebihan, sekadar menggunakan bahan bahan yang ada di dapur dan mudah untuk anda dapatkan.

Ikuti perkongsian kami ini sebelum anda ditegur oleh encik suami.

LIMAU NIPIS
Perah sebiji limau atau lebih ke dalam gelas.

Boleh juga dibuat dalam jug besar. Tambah air dan kacau sebati. Selain dicampur bersama air kosong, boleh juga dicampur ke dalam air teh atau air sirap untuk rasa yang lebih sedap.

Sebaiknya amalkan minum air limau nipis ini pada waktu pagi dan malam.

LIMAU KASTURI
Ambil beberapa biji limau kasturi dan sedikit kapur makan.

Perahkan limau nipis dan jusnya gaul bersama kapur.

Sapukan pada bahagian perut untuk kesan yang memuaskan.

Cuba amalkan sepanjang fasa berpantang bersama pemakaian bengkung pada bila bila masa sahaja.

BUAH DELIMA
Tumbuk lumat 5 – 6 biji isi buah delima.

Kemudian campurkan garam dengan 2 gelas besar air dan masukkan buah delima yang ditumbuk tadi.

Cuba amalkan minum setiap pagi selepas sarapan pagi selama 2 minggu dalam masa 1 bulan.

DAUN SALAM
Nama saintifiknya Syzygium Polyanthum.

Sangat banyak khasiat terutama untuk kulit dan kesihatan dalaman.

Rebus daun salam ini sekurang kurangnya 10 helai ke dalam air sebanyak 2 gelas sehingga mendidih.

Minum apabila air sudah suam atau sejuk. Cuba amalkan 2 kali sehari.

DAUN JAMBU BATU
Tumbuk halus beberapa helai daun jambu bersama sebuku halia.

Masukkan sedikit air dan campurkan dengan sedikit kapur sirih.

Gaul rata kemudian sapukan pada bahagian perut. Biarkan sehingga kering. Cuba amalkan sapu pada waktu malam. Petua ini juga membantu melegakan perut ibu yang kembung.

AIR KAPUR
Bancuh segelas air dengan sedikit kapur.

Perapkan air kapur tersebut sehingga mendap kapurnya ke bawah gelas.

Ambil air yang jernih di sebelah atas dan perahkan sebiji limau nipis.

Cuba amalkan minum air ini 2 kali setiap hari pada waktu pagi dan malam.

KUNYIT HIDUP
Tumbuk 2 cm kunyit hidup sehingga lumat.

Kemudian perah air patinya dan campurkan dengan sebiji limau nipis.

Cuba amalkan minum pada waktu pagi dan malam.

MINYAK KAYU PUTIH
Campurkan dan gaul sebati 1 camca besar kapur sirih, 20 titik minyak kayu putih dan 1 camca besar air limau nipis.

Sapukan pada perut selepas bersalin.

Cuba amalkan selama beberapa minggu. Cara ini membantu perut kembali tegang dan kedutan semakin berkurangan.

TEH PEKAT
Bancuh secawan teh pekat kemudian campurkan dengan sedikit gula dan perahan sebiji limau nipis.

Minum saat air masih suam. Boleh cuba amalkan walaupun selepas fasa berpantang.

Petua peninggalan orang lama memang tidak di nafi bagusnya cuma mungkin agak rumit pada segelintir wanita terutama yang berpantang sendiri kerana perlu menyediakan bahan untuk bancuhan atau minuman.

Keadaan ini akan membuat anda mula mengabaikan beberapa rawatan berpantang termasuklah penjagaan bentuk badan.

Memahami keadaan wanita yang berpantang sendiri atau yang memilih cara berpantang moden, kami formulakan LOSYEN MUSTAJAB PATI HALIA LIMAU NIPIS khusus untuk wanita selepas Bersalin dan Berpantang.

Walaupun nampak moden berbanding petua orang lama tetapi ianya masih membantu anda untuk kembali Langsing dan Ramping.

Kami kongsikan sifat baik Losyen Mustajab Hijau ini untuk anda yang Berpantang.

Kaedah penggunaannya sangat mudah, hanya perlu sapu secara membulat pada bahagian tubuh badan terutama bahagian yang padat Lemak antaranya di Lengan Tangan, Belakang Badan, Perut, Pinggang, Pinggul, Paha dan Betis ketika rawatan Param, Tapel, Bertangkas dan Mandi Wap untuk membantu proses Pecah Lemak.

Akhiri dengan pemakaian Bengkung.

Losyen ini akan bertindakbalas disebalik Bengkung anda untuk Mengempiskan Perut dan merampingkan Pinggang dan Pinggul anda.

Anda yang tidak selesa dengan herba atau rempah ratus, kami syorkan Losyen Mustajab Hijau ini untuk mengantikan fungsi Param dan Pilis yang disapu nipis pada bahagian Dahi anda.

Begitu juga dengan Parut Rekahan di Perut yang tidak boleh dielakkan oleh wanita selepas bersalin, pudarkan Parut tersebut dengan menggunakan Losyen Mustajab Hijau ini.

Kandungan vitamin C pada Limau Nipis terbukti bagus untuk kulit.

Ketika rawatan Berurut, anda masih boleh manafaatkan Losyen Mustajab yang sama untuk diurut pada keseluruhan tubuh badan anda.

Juga membantu Buang Angin dalam badan. Sapu pada bahagian Tumit dan Tapak Kaki kemudian sarungkan Stoking agar tidak mudah masuk Angin dan Kaki tidak kesejukan.

Walaupun tidak semua petua dapat anda amalkan tetapi jangan tinggalkan semuanya.

Pilih satu cara yang mudah dan amalkan bersama Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis ini untuk kesan yang lebih memuaskan.

Bauan aroma yang menyegarkan akan buat anda rasa lebih tenangdan jatuh cinta dengan Losyen Mustajab ini.

Anda akan terasa betapa Losyen Mustajab Hijau ini berfungsi dari hujung rambut hingga kehujung kaki.

Kini anda mampu kembali Langsing dan Ramping walaupun selepas bergelar ibu.

SAPU-SAPU JER, MUSTAJAB!

Kegunaan Wanita Selepas Bersalin
Sangat sinonim untuk kegunaan wanita selepas bersalin, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis yang menggunakan ramuan utama pati limau nipis dan pati halia mempunyai pelbagai kegunaan hanya di dalam satu produk sahaja.

Limau nipis biasa digunakan oleh wanita-wanita selepas bersalin semasa dalam pantang sebagai salah satu bahan untuk mengempiskan perut dan menyegarkan badan yang lesu serta keletihan selepas melahirkan. Kebiasaan digunakan semasa memakai bengkung atau dicampurkan di dalam air mandian ketika berpantang.

Berpantang Secara Moden
Sesuai dengan arus kemodenan dan masih mengamalkan petua-petua tradisional, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis memudahkan ibu-ibu untuk mengempiskan perut dengan hanya sapuan losyen di perut ditambah dengan sedikit urutan dan memakai bengkung untuk mendapatkan kesan yang paling optimum. Ianya dapat menjimatkan masa dan memudahkan ibu-ibu untuk mengurus diri sewaktu berpantang terutama ibu-ibu yang berpantang sendiri. Ianya tidak berminyak dan mudah menyerap, itulah antara kelebihan losyen ini.

Harga : SM RM25.00 / SS RM28.00
Kandungan : 130ml

Info Lanjut : Klik Disini

Beli Online : Klik Disini

* Kesemua produk dari Dunia Herbs ini mudah didapati di toko² atau kedai jamu dan hypermarket di seluruh Malaysia!

Talian Khidmat Pelanggan : 017-3798861

Whatsapp : Klik Terus Disini

Shares

Leave a Reply