Cara Diet Yang Menjejaskan Susu Badan

Susu Badan

Susu Badan
Susu Badan

Bersyukurlah pada para ibu yang di kurniakan peluang untuk menyusukan bayi anda.

Pada ibu yang bakal menimang cahaya mata, anda sudah boleh tanamkan impian untuk menyusukan bayi sehingga usianya 2 tahun tanpa mencampurkan sebarang susu formula.

Umumnya selepas kehamilan, ramai di kalangan wanita kurang senang dengan bentuk badan mereka dengan keadaan perut yang masih membuncit.

Bilalah agaknya badan akan kembali langsing & ramping ya? Sedangkan anda masih teragak agak untuk berdiet kerana masih menyusukan bayi, di khuatiri menjejaskan penghasilan susu badan.

Sebenarnya proses menyusu bayi ini adalah kaedah yang paling bagus untuk ibu menurunkan berat badan sekaligus kembali pada bentuk badan asal.

Kenapa, sebab proses menyusu ini akan membakar antara 300 – 500 kalori setiap hari di tambah dengan penjagaan bayi yang akan membuat anda lebih aktif dengan melakukan banyak pergerakan.

Yang penting, kalori tambahan yang di ambil itu perlu datang dari sumber makanan berkualiti, adanya sumber fiber dan protein yang cukup untuk bantu kawal selera makan.

Perlu di ingat, jangan terlalu obses sehingga mengamalkan cara diet yang berlebihan, tidak sesuai malah menjejaskan penghasilan susu seperti cara yang ingin kami kongsikan ini.

PENURUNAN BERAT BADAN YANG DRASTIK
Dalam memenuhi impian untuk kurus, anda perlu realistik, jangan bertindak melampau dan paksa diri berlapar sehingga tidak bertenaga.

Keadaan ini akan mengganggu penghasilan susu badan malah berpotensi membuat anda lemah dan ‘stress’ untuk menguruskan bayi.

Menurut pakar, diet yang sihat adalah penurunan 2 ke 3 kg sebulan.

DIET MENGEJUT
Penyebab pada susu berkurangan apabila anda diet mengejut.

Dana pengambilan kalori anda berkurangan secara tiba tiba.

Tindakbalas ini di sebabkan proses berlapar yang menjadikan badan anda kurang menghasilkan tenaga sama sepertimana penghasilan susu badan.

MENGELAK DARI KUMPULAN MAKANAN TERTENTU
Beberapa jenis fasa diet Atkins yang kini sedang popular di perkatakan, adalah tidak sesuai terutama untuk ibu yang masih menyusukan bayi di bawah usia 6 bulan di sebabkan terdapat fasa dalam diet Atkins tersebut menghadkan pengambilan beberapa jenis kumpulan makanan seperti karbohidrat, bijian atau bijirin, produk tenusu serta buah buahan.

Penting, ibu yang menyusukan bayi perlukan makanan seimbang untuk pastikan bayi tidak mengalami kekurangan nutrisi tertentu terutama untuk bayi yang bergantung pada susu badan sepenuhnya.

‘SKIP’ WAKTU MAKAN
Tidak logik jika anda ‘skip’ waktu makan hanya semata mata untuk kurangkan pengambilan kalori sedangkan tabiat ini boleh menyebabkan anda mudah patah semangat atau anda akan lebih mengindam makanan yang tidak berkhasiat atau tidak sihat.

Sebaiknya kurangkan jumlah (porsion) hidangan dan anda di galakkan untuk ambil ‘snek’ sihat di antara waktu makan tersebut untuk elakkan dari rasa lapar.

Antara ‘snek’ yang terbaik, di syorkan dari sumber buah buahan kering dan kekacang.

Usahakan juga minum segelas dua air kosong semasa atau selepas anda menyusukan bayi supaya mampu mengelak dari mencapai coklat atau ‘junk food’.

PENGAMBILAN PRODUK HERBA ATAU DETOKS
Sejak hamil lagi, pengambilan sebarang jenis produk kurus atau detoks sangat tidak bagus dan tidak di galakkan begitu juga pada ibu yang masih menyusukan bayi.

Saat anda mengamalkan produk kurus atau detoks, bermakna badan anda akan bekerja untuk proses membuang toksin melalui penghasilan peluh, air kencing dan najis.

Ketiga tiga kaedah ini boleh membuat badan anda dehidrasi sehingga menjejaskan kualiti susu badan atau berkemungkinan susu badan akan berhenti.

Ibu menyusukan bayi perlu bijak mengatur diet anda.

Jika anda tahu, dengan melakukan kerja kerja di rumah sudah cukup untuk anda bakar lebihan kalori.

Begitu juga apabila anda keluar bersiar siar sambil mendukung atau menolak ‘stroller’ turut membantu bakar kalori.

Boleh abaikan tentang gym, bersenam sahaja di rumah sudah memadai.

Anda juga boleh cuba ubah pengambilan makanan secara perlahan lahan dan lebih kreatif antaranya mengolah resipi dengan mengurangkan kadar gula, garam, minyak atau lemak.

Dengan ini badan anda akan dapat menyerap kalori yang berkualiti.

Sesekali teringin makan aiskrim, anda boleh buat ‘smoothies’ daripada buah dan susu segar. Lebih sihat malah menyelerakan.

Cara diet untuk ibu menyusukan bayi di lihat agak terhad tetapi penggunaan LOSYEN MUSTAJAB PATI HALIA LIMAU NIPIS kami tiada halangan atau pilih kasih.

Samada anda masih atau sudah berhenti dari menyusukan bayi, harapan untuk anda kembali Langsing dan Ramping masih cerah.

Losyen Mustajab Hijau ini di formula khas dari Pati Halia dan Limau Nipis, boleh di kategori sebagai pelengkap untuk penjagaan keseluruhan badan anda terutama selepas kehamilan yang boleh mengantikan kaedah Param, Pilis, Tapel, Berurut, Buang Angin dan Lemak dalam badan.

Penggunaan yang ringkas dengan hanya Sapu Sapu Losyen Mustajab Hijau ini pada bahagian Dahi, Tengkuk, Lengan, Perut, Pinggang, Pinggul, Peha, Betis atau Keseluruhan Badan.

Boleh di sertakan dengan lilitan Bengkung atau Korset untuk Perut Kempis dan Ramping malah di galakkan sapu pada Tapak Kaki bersama pemakaian stokin untuk bantu halang dari Angin Jahat masuk dalam badan anda.

Penggunaan Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis secara konsisten tidak akan mengagalkan niat murni anda untuk kembali pada potongan badan asal.

Anda tidak perlu lagi bergelut dengan perasaan ragu-ragu, Losyen Mustajab Hijau ini, penggunaannya tidak terhad ketika anda sedang berpantang malah anda boleh terus menikmati manafaat Losyen Mustajab ini andai anda serasi walaupun sudah melepasi saat berpantang.

Produk yang lebih selamat dan tidak akan menjejaskan penghasilan susu badan malah tiada halangan untuk anda yang masih menyusukan bayi.

SAPU-SAPU JER, MUSTAJAB!

Kegunaan Wanita Selepas Bersalin
Sangat sinonim untuk kegunaan wanita selepas bersalin, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis yang menggunakan ramuan utama pati limau nipis dan pati halia mempunyai pelbagai kegunaan hanya di dalam satu produk sahaja.

Limau nipis biasa digunakan oleh wanita-wanita selepas bersalin semasa dalam pantang sebagai salah satu bahan untuk mengempiskan perut dan menyegarkan badan yang lesu serta keletihan selepas melahirkan. Kebiasaan digunakan semasa memakai bengkung atau dicampurkan di dalam air mandian ketika berpantang.

Berpantang Secara Moden
Sesuai dengan arus kemodenan dan masih mengamalkan petua-petua tradisional, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis memudahkan ibu-ibu untuk mengempiskan perut dengan hanya sapuan losyen di perut ditambah dengan sedikit urutan dan memakai bengkung untuk mendapatkan kesan yang paling optimum. Ianya dapat menjimatkan masa dan memudahkan ibu-ibu untuk mengurus diri sewaktu berpantang terutama ibu-ibu yang berpantang sendiri. Ianya tidak berminyak dan mudah menyerap, itulah antara kelebihan losyen ini.

Harga : SM RM25.00 / SS RM28.00
Kandungan : 130ml

Info Lanjut : Klik Disini

* Kesemua produk dari Dunia Herbs ini mudah didapati di toko² atau kedai jamu dan hypermarket di seluruh Malaysia!

Talian Khidmat Pelanggan : 017-3798861

Whatsapp : Klik Terus Disini

Shares

Leave a Reply