Berstoking Ketika Berpantang

berstoking

berstoking

berstoking

Selepas 9 bulan 10 hari, akhirnya anda telah selamat melahirkan bayi.

Setelah bertungkus lumus bersabung nyawa dibilik bersalin atau bedah, akhirnya impian anda dan suami untuk punya zuriat tertunai.

Dalam keasyikan meraikan berita gembira ini bersama keluarga, sanak saudara dan sahabat handai, jangan pula lupa yang anda akan melalui fasa berpantang sekurang kurangnya 44 hari selepas bersalin.

Berpantang merupakan fasa penting bagi wanita selepas bersalin.

Fasa ini bertujuan untuk mengembalikan semula keremajaan dan awet muda juga penentu kesihatan si ibu untuk jangkamasa panjang.

Salah satu antara keutamaan sepanjang berpantang adalah memakai stoking.

Pakai stoking atau sarung kaki ketika berpantang bak aur dengan tebing yang tidak boleh dipisahkan.

Stoking antara aksesori wajib wanita berpantang mahupun yang keguguran.

Sebenarnya amalan ini merupakan amalan yang baik baik dan lebih banyak kebaikan dari keburukan.

Ada beberapa tip dan kelebihan berstoking ini yang kami boleh kongsikan untuk manafaat bersama.

KEKALKAN SUHU BADAN
Ketika berpantang pula pemakaian stoking bantu kekalkan suhu badan yang optimum kerana badan anda belum sembuh sepenuhnya selepas proses bersalin.

Untuk anda kekalkan suhu badan normal, kita perlu elak kaki dari terkena lantai sejuk menyebabkan anda menggigil kesejukan.

Berbanding lantai rumah orang lama daripada papan tetapi sejuk dari angin luar juga boleh menyebabkan menggigil kesejukan.

Berlainan dizaman moden ini, permukaan lantai dari simen, marmar atau pelbagai material yang mudah rasa sejuk apabila berpijak.

CEDERA KAKI
Berstoking boleh membantu menggelak dari risiko kecederaan kaki ketika berpantang kerana perlu kerap bergerak bersama bayi anda.

Bimbang tersilap langkah boleh mencederakan kaki anda.

PEMBEKUAN BETIS
Berstoking bukan sebab mahu elak dari masuk angin.

Tiada istilah masuk angin melalui kaki kemudian masuk ke rahim atau ke mana mana liang tubuh anda.

Untuk elakkan dari pembekuan darah disalur darah pada betis (deep vein thrombosis) anda perlu berstoking selain dari perlu aktif bergerak.

Tetapi menurut orang orang tua, pemakaian stoking adalah perlu untuk membantu kekalkan haba dalam badan, menggelakkan ibu masuk angin sekaligus bentan.

Namun tiada garis panduan khas stoking bagaimana yang harus dipakai tetapi kebiasaannya ibu memilih stoking tebal.

Ada juga yang berpendapat bahawa pemakaian stoking ketika berpantang adalah untuk mengingatkan orang sekeliling supaya berjaga jaga dengan ibu berpantang.

Maklumlah yang ibu berpantang sentiasa berlunjur.

Dikatakan melanggar ibu jari kaki mereka boleh menjejaskan rahim.

Dengan memakai stoking, orang sekeliling akan lebih berwaspada dan berjalan berhati hati bagi menggelakkan dari terlanggar kaki ibu berpantang.

JIKA TIDAK SUKA STOKING
Mungkin anda antara yang rimas atau tidak selesa apabila berstoking terutama ketika keluar masuk tandas.

Silap sikit stoking boleh basah terkena air dan perlu tukar yang baru, melecehkan.

Masih ada alternatif lain bagi mengantikan stoking adalah dengan memakai selipar dalam rumah bagi mengelakkan sentuhan secara langsung antara tapak kaki dengan lantai sejuk.

STOKING BAGAIMANA YANG SESUAI UNTUK IBU BERPANTANG?

PAKAI STOKING TED
TED ialah Thromboemboletic Deterring – compression.

Jenis ini berfungsi memulihkan aliran darah dibawah kaki mengalir keatas supaya darah tidak berkumpul dibawah.

Biasanya disyorkan pada ibu yang bersalin secara pembedahan (caesarean).

KETAT HINGGA BETIS
Seperti yang dipakai oleh pemain bola sepak.

Jenis ini boleh beri tekanan pada kaki dan menggalakkan pengaliran darah di kaki.

SERAP PELUH
Stoking ini sepatutnya memberi keselesaan kepada anda.

Jika stoking mudah lembab dan tidak serap peluh, akan ada bakteria menginap di kaki. Lain pula jadinya.

TIDAK LICIN
Pastikan stoking dipilih selamat digunakan dan tidak mudah menyebabkan anda tergelincir.

Ada segelintir ibu yang sangat mengambil berat hal hal berpantang ini bukan sekadar untuk memulihkan kesihatan badan malah lebih kepada mencantikkan badan.

Maklumlah selepas bersalin, bentuk badan jarang jarang sekali kembali pada bentuk yang asal.

Sedar akan situasi ini maka kami telah rumuskan LOSYEN PATI HALIA & LIMAU NIPIS yang fungsinya lebih cenderung untuk ibu selepas bersalin & berpantang.

Bukan menyangkal kebaikan rawatan Param, Pilis, Berurut, Bertangas cuma tidak salah jika mahu gandakan usaha anda dengan memilih produk yang dilabel dengan ciri ciri yang menepati untuk kesihatan dan kecantikan.

Losyen Mustajab Hijau boleh diguna pada keseluruhan badan kecuali pada payudara sebagai mengantikan fungsi Param.

Untuk rawatan Pilis pula, boleh disapu pada bahagian Dahi & seterusnya disapu pada keseluruhan badan semasa rawatan Berurut & sebelum anda Bertangas.

Selepas kedua dua rawatan ini, anda wajib Berbengkung bersama sapuan Losyen Mustajab Hijau akan lebih cepat hasilnya.

Lemak yang tersimpan sejak hamil dan urat urat yang sedang giat mengembang akan dibantu oleh Losyen Mustajab ini untuk kembalikan potongan badan anda pada saiz asal.

Kesan Rekahan di Perut juga akan dirawat oleh Losyen Mustajab yang sama.

Manafaatnya tidak hanya tertumpu pada kecantikan sahaja malah saat anda kesakitan atau lenguh lenguh dibahagian Lengan, Tengkuk, Pinggang atau Belakang Badan, sapu sahaja Losyen Mustajab ini untuk legakan kesakitan.

Wanita berpantang harus hati hati dari Angin masuk dalam badan.

Payah bila angin sudah mula masuk dalam badan, anda boleh cegah dengan sapu Losyen Mustajab Hijau pada bahagian kaki sebelum Berstoking.

Losyen Mustajab Pati Halia dan Limau Nipis sama pentingnya dengan stoking anda, perlu diamalkan setiap hari untuk memulih dan kekalkan kesihatan badan anda.

Jika anda tidak suka orang sekeliling atau mak sendiri membebel maka konsisten berpantang, bukan untuk orang lain tetapi untuk kesihatan dan kecantikan luaran dalaman sepanjang hidup anda.

SAPU-SAPU JER, MUSTAJAB!

Kegunaan Wanita Selepas Bersalin
Sangat sinonim untuk kegunaan wanita selepas bersalin, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis yang menggunakan ramuan utama pati limau nipis dan pati halia mempunyai pelbagai kegunaan hanya di dalam satu produk sahaja.

Limau nipis biasa digunakan oleh wanita-wanita selepas bersalin semasa dalam pantang sebagai salah satu bahan untuk mengempiskan perut dan menyegarkan badan yang lesu serta keletihan selepas melahirkan. Kebiasaan digunakan semasa memakai bengkung atau dicampurkan di dalam air mandian ketika berpantang.

Berpantang Secara Moden
Sesuai dengan arus kemodenan dan masih mengamalkan petua-petua tradisional, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis memudahkan ibu-ibu untuk mengempiskan perut dengan hanya sapuan losyen di perut ditambah dengan sedikit urutan dan memakai bengkung untuk mendapatkan kesan yang paling optimum. Ianya dapat menjimatkan masa dan memudahkan ibu-ibu untuk mengurus diri sewaktu berpantang terutama ibu-ibu yang berpantang sendiri. Ianya tidak berminyak dan mudah menyerap, itulah antara kelebihan losyen ini.

Harga : SM RM25.00 / SS RM28.00
Kandungan : 130ml

Info Lanjut : Klik Disini

* Kesemua produk dari Dunia Herbs ini mudah didapati di toko² atau kedai jamu dan hypermarket di seluruh Malaysia!

Talian Khidmat Pelanggan : 017-3798861

Whatsapp : Klik Terus Disini

Shares

Leave a Reply