Bersalin Caesar? Elakkan Perkara Ini..!

BERSALIN

BERSALIN
Syukur Alhamdulillah bila di beritakan anda bakal bersalin secara normal namun tidak semua ibu bertuah.

Ada ibu yang terlalu berisiko untuk bersalin secara normal kerana tahap kesihatan yang tidak mengizinkan atau kandungan mengalami beberapa masalah, tiada pilihan lain selain dari bersalin secara Pembedahan atas nasihat doktor.

Samada kaedah normal atau Pembedahan, proses bersalin tetap sakit rasanya, ada ke ibu yang tersenyum lebar atau ketawa sakan seolah-olah sedang menonton drama jenaka saat mahu melahirkan.

Cuma bersalin secara kaedah Pembedahan, proses penjagaan ketika berpantang harus lebih teliti dan berhati hati terutama ibu yang berpantang sendiri.

Pembedahan bersalin di label sebagai Pembedahan ‘major’.

Maka ibu perlu sensitif dengan beberapa perkara penting yang perlu di elakkan terutama di saat ibu berpantang.

Otot dalaman dan luka perlukan rehat secukupnya supaya cepat sembuh dan ibu dapat kembali menguruskan kehidupan harian dengan lebih sempurna.

BERGERAK AKTIF
Elakkan dari melakukan sebarang kerja rumah terutama yang sukar, turun naik tangga, mengangkat barang yang lebih berat daripada bayi, menunduk atau membongkong, menoleh, memusingkan kepala atau badan yang boleh mengakibatkan kesakitan dan menganggu proses penyembuhan.

Ibu perlu berhati hati dengan setiap pergerakan, jangan bergerak tanpa sokongan atau bantuan.

BATUK, BERSIN DAN KETAWA
Jaga pemakanan, jauhkan dari sebarang jenis makanan berminyak atau pedas, minum dalam kuantiti yang banyak, ini boleh menyebabkan anda batuk.

Sekiranya mahu terbatuk, terbersin atau ketawa, letakkan sebiji bantal merentangi perut kemudian perlahan lahan tekan untuk mengawal pergerakan perut yang akan memberi tekanan pada abdomen anda.

Pastikan bantal sentiasa ada bersama ibu untuk menyokong perut.

BERENDAM AIR PANAS
Berendam dalam tab air panas atau kolam renang tidak di galakkan sepanjang waktu ibu berpantang tetapi tidak ada salahnya mandi malah di galakkan supaya badan lebih segar dan bersih.

Cuma berhati hati supaya luka Pembedahan tidak terlalu basah dan pastikan di lap dengan kering selepas mandi.

Minta bantuan pasangan anda untuk sentiasa perhatikan luka supaya dapat di kesan lebih awal jika ada sebarang jenis jangkitan.

PENYUSUAN BADAN
Ibu perlukan bantuan ketika mahu memulakan penyusuan kerana bimbang dengan bahagian luka Pembedahan.

Oleh itu, ibu jangan segan bertanya atau meminta bantuan untuk memangku bayi ketika anda sedang cuba mendapatkan posisi yang selesa.

Jika rasa sukar, pam susu dan susukan bayi menggunakan botol susu.

SENAMAN
Ramai ibu yang terburu buru ingin segera kurus selepas bersalin.

Tangguhkan dahulu hasrat anda dari sebarang senaman abdomen lebih kurang 4 ke 6 minggu selepas bersalin.

Sebaiknya dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan sebarang aktiviti senaman atau diet yang khusus.

KEMURUNGAN
Ibu yang bersalin secara Pembedahan memerlukan masa yang lebih panjang untuk sembuh berbanding ibu yang bersalin secara normal.

Tetapi tidak perlu rasa tertekan, ibu perlukan sokongan moral dan bantuan dari pasangan, keluarga, adik beradik atau teman teman untuk buat ibu lebih tenang.

Jangan paksa diri atau terlalu memikirkan urusan keluarga dan kerja kerja harian sehingga terjejas emosi. Tumpukan pada proses pemulihan.

TANDA AMARAN
Tiada salahnya jika ibu perlu mengambil ubat tahan sakit tetapi atas nasihat doktor supaya tidak menjejaskan kesihatan anda.

Selain dari ini, jangan pandang ringan jika ibu di serang demam berterusan, pendarahan yang terlalu banyak dari faraj, luka bernanah atau kemerahan, jahitan terbuka atau berlubang, bengkak atau terasa sakit yang luarbiasa.

Usah berlengah, segera rujuk dengan pihak doktor.

Tidak semua yang ibu perlu elakkan, masih ada yang ibu perlukan untuk ringankan beban atau memudahkan tanpa perlu banyak bergerak.

Kami teruja mahu ibu mencuba LOSYEN MUSTAJAB PATI HALIA LIMAU NIPIS dengan Pati Halia Tulin bersama Pati Limau Nipis sebagai perawat ibu sepanjang tempoh berpantang.

Dengan adanya Losyen Mustajab Hijau ini, kerja ibu menjadi ringkas, tidak lagi perlu membancuh pelbagai jenis ramuan herba kerana Losyen Mustajab ini mampu mengantikan fungsi Param, Pilis dan Tapel.

Malah proses Berurut pula tidak perlukan minyak, Losyen Mustajab sudah memadai cuma hati-hati ketika sapu di Perut, jauhkan dari kesan bedah atau luka, cukup sekadar sapu di sekelilingnya untuk membantu masalah Perut Buncit dan Rekahan di Perut.

Angin Jahat pun dapat dikawal dari masuk ke dalam badan dan Lemak juga terhakis bila di sapu Losyen Mustajab ini.

Wah kembali Langsing dan Ramping lah ibu lepas ini.

Saat di serang rasa Lenguh atau Sakit di bahagian Tengkuk, Pinggang, Lutut, Peha, Betis dan Tapak Kaki sapu sahaja Losyen Mustajab Hijau untuk kelegaan.

Ibu hanya perlu berbaring, minta bantuan pasangan atau ‘confinement lady’ untuk urutan manja Losyen Mustajab Hijau ini pada lapisan kulit ibu agar pergerakan ibu terkawal.

Di zaman serba canggih ini, tiada alasan untuk ibu mengelat dari berpantang meskipun bersalin secara Pembedahan kerana ada banyak cara dan produk Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis yang serba moden sebagai pembantu dan perawat.

SAPU-SAPU JER, MUSTAJAB!

Kegunaan Wanita Selepas Bersalin
Sangat sinonim untuk kegunaan wanita selepas bersalin, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis yang menggunakan ramuan utama pati limau nipis dan pati halia mempunyai pelbagai kegunaan hanya di dalam satu produk sahaja.

Limau nipis biasa digunakan oleh wanita-wanita selepas bersalin semasa dalam pantang sebagai salah satu bahan untuk mengempiskan perut dan menyegarkan badan yang lesu serta keletihan selepas melahirkan. Kebiasaan digunakan semasa memakai bengkung atau dicampurkan di dalam air mandian ketika berpantang.

Berpantang Secara Moden
Sesuai dengan arus kemodenan dan masih mengamalkan petua-petua tradisional, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis memudahkan ibu-ibu untuk mengempiskan perut dengan hanya sapuan losyen di perut ditambah dengan sedikit urutan dan memakai bengkung untuk mendapatkan kesan yang paling optimum. Ianya dapat menjimatkan masa dan memudahkan ibu-ibu untuk mengurus diri sewaktu berpantang terutama ibu-ibu yang berpantang sendiri. Ianya tidak berminyak dan mudah menyerap, itulah antara kelebihan losyen ini.

Harga : SM RM25.00 / SS RM28.00
Kandungan : 130ml

Info Lanjut : Klik Disini

* Kesemua produk dari Dunia Herbs ini mudah didapati di toko² atau kedai jamu dan hypermarket di seluruh Malaysia!

Talian Khidmat Pelanggan : 017-3798861

Whatsapp : Klik Terus Disini

Shares

Leave a Reply