Berpantang Sendiri

Berpantang Sendiri
Berpantang Sendiri

Pada kehidupan yang serba serbi moden ini, telah ramai wanita yang beranikan diri berpantang di rumah sendiri tanpa pengawasan dari ibu kandung atau mertua.

Mungkin anda tidak mahu membebankan atau tahap kesihatan orang tua anda tidak mengizinkan mereka untuk menguruskan anda.

Ketiadaan orang tua bukan alasan untuk anda mengelat atau malas berpantang.

Anda masih beruntung punya sang suami yang bersedia melayan keperluan anda, anak termasuklah menguruskan kerja kerja rumah.

Pada anda yang bakal berpantang sendirian, tidak perlu terlalu risau, ada banyak tip tip mudah dan praktikal untuk persiapan anda sepanjang tempoh berpantang sehingga mencecah ke hari 44.

Kongsikan juga bersama suami, mereka perlu tahu dan hadam yang mana fasa berpantang ini bukan hal yang remeh.

MENTAL PERLU KUAT
Kuatkan semangat, bisikkan berkali kali dalam hati yang anda boleh berpantang sendiri. Percaya dan yakin pada diri sendiri. Jangan sesekali mengalah atau lemah.

BANGUN AWAL PAGI
Awal yang sebaiknya adalah pada waktu Subuh jam 5 atau 6 pagi. Segarkan diri dengan mandian air panas.

SARAPAN PAGI
Jika suami anda sudah awal lagi keluar ke pejabat, anda terpaksa sediakan sarapan pagi sendiri.

Siap sahaja mandi, lebih kurang jam 7 atau 8 pagi, bolehlah mula siapkan sarapan untuk diri anda termasuklah anak anak lain terutama yang bersekolah, cukup sekadar yang mudah dan ringkas sahaja.

PERAWAT PANTANG (CONFINEMENT LADY)
Biasanya sebelum hari bersalin, anda sudah siap siap menempah perawat pantang.

Selain dari mengurut, perawat boleh bantu sediakan bancuhan tapel, param, pilis dan akhir sekali berbengkung.

Dapatkan nasihat atau tip dari mereka dan belajar terutama cara berbengkung dengan rapi untuk persiapan anda bila keseorangan nanti.

Sebaiknya dapatkan perawat dengan pakej mandi bayi dan memasak.

SEDIAKAN BAJU SI KECIL
Siapkan awal dan asingkan di tempat yang mudah nak capai agar tidak kelam kabut tercari cari baju selepas bayi selesai mandi nanti.

Jika si kecil masih lena tidur, anda boleh ambil kesempatan untuk berehat seketika.

MANDIKAN BAYI
Lebih kurang jam 9 pagi, anda sudah boleh sediakan sebesen air mandian bayi pada suhu suam suam kuku, jangan terlalu panas.

Dapatkan air terus dari ‘water heater’, mudah tidak perlu menjerang atau perlu mengangkut air.

Suami juga perlu tahu cara cara mandikan bayi, boleh bergilir gilir dengan isteri.

MASAKAN MAKANAN TENGAHARI
Himpunkan resipi berpantang sebanyak mungkin supaya anda tidak bosan dengan menu yang sama.

Pilih resipi yang ringkas dan tidak memerlukan banyak masa untuk menyiapkannya. Makan bila waktu bayi sedang tidur, tiada gangguan.

DOBI
Membasuh, menjemur dan melipat baju antara urusan rumahtangga yang sangat besar cabarannya tambahan jika punya ramai anak.

Untuk ringankan beban, cadangkan pada encik suami, membasuh dan mengeringkan baju di lakukan di kedai dobi layan diri yang berhampiran.

PEMBANTU RUMAH SEMENTARA (HELPER)
Masa berpantang sangat tidak sesuai untuk anda melakukan kerja kerja rumah seperti menyapu dan mop lantai.

Anda perlukan banyak masa untuk berehat. Bincang bersama encik suami untuk dapatkan pembantu rumah sementara yang boleh membantu kerja kerja rumah atau anda harus redha bila keadaan rumah tidak teratur seperti asalnya.

Ada satu lagi tip yang seharusnya anda praktikkan sepanjang tempoh berpantang. Tip paling ringkas tetapi mustajab.

Hanya dengan penggunaan LOSYEN MUSTAJAB PATI HALIA LIMAU NIPIS antara pelengkap fasa berpantang anda.

Pada anda yang bakal ibu, sudah boleh mula berbelanja untuk Losyen Mustajab ini.

Losyen pelbagai guna dari mengurut sehingga mampu mengantikan amalan Tapel, Param dan Pilis.

Hanya perlukan Losyen yang sama, tidak perlu lagi minyak atau bahan bancuhan yang lain.

Cukup ringkas dan menjimatkan masa bukan! Selain dari urutan ke seluruhan badan, boleh juga di sapu pada bahagian Dahi, Tengkuk, Belakang Badan, Perut, Pinggang, Pinggul, Peha, Betis terus ke Tapak Kaki kemudian berbengkung dan sarungkan stoking.

Angin Jahat pun segan nak masuk dalam badan kita. Kesan Rekahan pada kulit perut ibu juga boleh di pudarkan dengan sapuan Losyen yang sama.

Masalah Perut Buncit selepas bersalin sangat membimbangkan si ibu.

Persoalannya, mampukah untuk kembali kempis? Tidak mustahil, usahakan sapu Losyen Mustajab ini bersama pemakaian bengkung.

Gabungan Losyen Mustajab dengan kaedah berbengkung akan beri impak yang tidak di sangka sangka.

Kedengaran sedih bila berpantang sendirian tetapi hakikatnya anda mampu menjalani hari hari berpantang dengan baik malah mungkin lebih baik dengan bantuan suami, ‘helper’ dan pengalaman ibu di luar sana sebagai panduan.

Untuk anda kembali sihat, cantik, langsing dan ramping sudah pasti.

SAPU-SAPU JER, MUSTAJAB!

Kegunaan Wanita Selepas Bersalin
Sangat sinonim untuk kegunaan wanita selepas bersalin, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis yang menggunakan ramuan utama pati limau nipis dan pati halia mempunyai pelbagai kegunaan hanya di dalam satu produk sahaja.

Limau nipis biasa digunakan oleh wanita-wanita selepas bersalin semasa dalam pantang sebagai salah satu bahan untuk mengempiskan perut dan menyegarkan badan yang lesu serta keletihan selepas melahirkan. Kebiasaan digunakan semasa memakai bengkung atau dicampurkan di dalam air mandian ketika berpantang.

Berpantang Secara Moden
Sesuai dengan arus kemodenan dan masih mengamalkan petua-petua tradisional, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis memudahkan ibu-ibu untuk mengempiskan perut dengan hanya sapuan losyen di perut ditambah dengan sedikit urutan dan memakai bengkung untuk mendapatkan kesan yang paling optimum. Ianya dapat menjimatkan masa dan memudahkan ibu-ibu untuk mengurus diri sewaktu berpantang terutama ibu-ibu yang berpantang sendiri. Ianya tidak berminyak dan mudah menyerap, itulah antara kelebihan losyen ini.

Harga : SM RM25.00 / SS RM28.00
Kandungan : 130ml

Info Lanjut : Klik Disini

* Kesemua produk dari Dunia Herbs ini mudah didapati di toko² atau kedai jamu dan hypermarket di seluruh Malaysia!

Talian Khidmat Pelanggan : 017-3798861

Whatsapp : Klik Terus Disini

Shares

Leave a Reply