Bergaduh Dengan Pasangan

pasangan bergaduh

PERTELINGKAHAN sering mengundang rasa marah atau dendam. Ada kalanya anda sakit hati akibat perbuatan orang lain sehingga tercalar perasaan sendiri.

Mungkin dalam pergaulan seharian atau dalam pekerjaan, percintaan, adakalanya anda dikhianati hingga meninggalkan rasa sakit hati, kecewa, dendam yang amat berbekas.

Dalam percintaan misalnya, sakit hati ekoran bertepuk sebelah tangan, kecewa ditinggalkan si dia atau suami berlaku curang akan meninggalkan kesan berpanjangan.

Jika bergaduh dengan pasangan, wanita akan terbawa-bawa dengan emosi mereka. Antara kesan pertama akibat pergaduhan boleh mencetus rasa tidak puas hati, kecewa atau dendam yang berpanjangan.

Lebih teruk lagi, pergaduhan boleh memberi kesan langsung kepada kesihatan. Pernahkah anda mendengar 90 peratus penyakit fizikal berpunca daripada faktor psikis?

Menurut pakar, migrain, sakit pinggul, diabetes hingga kepada penyakit kronik seperti barah (kanser) tidak terjadi begitu saja. Ternyata setelah diteliti penyebabnya berpunca daripada ‘fikiran’ atau jiwa yang ‘terpendam’.

Tahukah anda migrain kronik disebabkan oleh kecemasan yang berlebihan atau disebabkan pemikiran negatif anda? Bahkan, kanser terjadi disebabkan kemarahan atau kekecewaan yang dipendam sekian lama. Fakta ini sememangnya menakutkan tapi itulah realiti kehidupan.

Namun pakar tidak menafikan cara hidup mahupun pola pemakanan yang tidak sihat adalah penyebab kepada permasalahan ini.

Segelintir mereka yang menghadapi kekecewaan akan mengambil makanan dengan banyak sehingga ada yang mengalami obesiti terlampau.

Bagi sesetengah orang, rasa lapar berpunca daripada tekanan atau stress yang terpendam begitu lama sehingga dilampiaskan menerusi makanan. Ia memberi kesan obesiti dan penyakit lain disebabkan kegemukan atau yang berkaitan.

Bukan sesuatu yang ganjil jika ada yang memendam rasa sakit hati dan kekecewaan bertahun-tahun hingga akhirnya tubuh dijangkiti barah yang teruk. Segalanya bermula dari tekanan yang dialami.

Bagaimana menghilangkan sakit hati?

– Tangani stress atau tekanan dengan bijaksana. Anda yang mengendalikan hidup anda dan keluar daripada belenggu yang menyakitkan dengan melalui kehidupan positif.

– Boleh memiliki emosi marah atau sedih tetapi jangan berlarutan dan sebaiknya harus lepaskan melalui cara positif. Misalnya dengan meluahkan kepada orang yang dipercayai akan melegakan berbanding jika dipendam sendiri.

– Anda boleh mengungkapkan perasaan melalui diari dengan mencatat segala kesedihan dan kemarahan tersebut.

WANITA yang sudah mendirikan rumah tangga juga tidak terkecuali melalui pengalaman menyakitkan bersama pasangan. Jika bergaduh dengan suami, ini cara mengatasi masalah berkaitan :-

– Jika marah atau ada rasa tidak puas hati kepada pasangan, berbincang dalam bilik berdua. Jangan sampai dilihat anak-anak.

– Cepatkan usaha untuk berbincang atau berbaik semula dan elak perbincangan di tempat umum.

– Pilih alternatif berbincang yang menyenangkan. Teknologi moden misalnya, boleh dimanfaatkan sebaiknya. Guna khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) atau whatsap.

– Boleh juga diluahkan perasaan ketika sedang makan kerana lebih telus saat makan bersama anak-anak tercinta.

– Jika waktu dinihari jadi pilihan untuk meluahkan yang terbuku di kalbu, tidak menjadi masalah kerana mampu menggunakan saat romantis itu sewajarnya.

– Percutian boleh menjadi medan terbaik untuk meluahkan rasa kecewa atau terkilan di hati. Tapi jangan sampai merencatkan ‘mood’ cuti yang sangat berharga itu.

Shares

Leave a Reply