Belajar Ubati Kecewa!

kecewa

Perasaan kecewa atau kesal semestinya akan ada pada setiap orang di mana ia sesuatu yang sinonim bagi seorang remaja.

Ini kerana masalah keluarga, putus cinta dan gagal dalam peperiksaan adalah antara punca utama sekali gus menjadikan ia satu kebiasaan apabila sudah terkena penyakit kecewa yang menyebabkan ramai yang sukar menepisnya.

Perasaan kecewa atau kesal adalah sesuatu yang normal, malah jika tiada perasaan ini anda boleh dikategorikan sebagai ‘tidak normal’.

Namun, jangan biar ia menguasai diri kerana ia akan mendorong anda bertindak luar norma manusia. Atasinya dengan sebaiknya kerana tekanan berlebihan boleh merosakkan diri dan kerjaya.

Bagi seorang remaja, apa yang anda perlu lakukan adalah mengharunginya dengan matang. Belajarlah untuk mengubati kekecewaan. Jangan biarkan rasa kecewa berterusan sebaliknya yakinlah dan terus bersemangat untuk menghadapi masa depan.

Berikut beberapa panduan untuk mengatasi rasa kecewa:

  * Belajar Terima Kenyataan

– Kita seharusnya sedar bahawa kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan segala-galanya. Sebagai insan yang bergelar manusia, kita seharus tahu bahawa takdir dan ketentuan adalah kehendak Ilahi. Cuma apa yang boleh kita lakukan adalah berusaha mengubah nasib kita.

– Kita juga seharusnya tahu bahawa ada ketikanya kita bernasib baik, dan ia semestinya tidak berterusan kerana ada masanya kita juga diuji pelbagai dugaan. Ingat! rasa kecewa itu antara ujian dan dugaan yang diberi kepada kita. Oleh itu, hadapi dengan tenang dan rasa reda itu perlu ada kerana tentunya ada hikmah disebaliknya.

  * Berfikir dengan Rasional

– Adalah lebih baik kita menggariskan kelebihan dan keburukan apabila membuat sesuatu keputusan supaya perasaan kecewa tidak terus menyelubungi anda jika berlaku perkara yang tidak dijangkakan.

  * Fikir Positif

– Cuba kenang kembali peristiwa manis kerana rasa bahagia yang anda miliki hari ini mungkin disebabkan pengalaman lampau anda. Walaupun sukar untuk berfikiran positif apabila berdepan dengan sesuatu tragedi, apa yang penting anda berusaha.

– Jangan terlalu mengikut perasaan, sebaliknya jadi seorang yang positif. Ia pasti akan membantu apabila anda berdepan rasa kecewa.

  * Luahkan

– Jangan pendam rasa kecewa kerana ia amat berbahaya termasuk dari sudut kesihatan termasuk kemurungan atau tekanan.

– Adalah penting untuk anda berkongsi berkongsi rasa kecewa dengan orang yang lebih rapat dengan anda.

Shares

Leave a Reply