Bahaya Bentan Atau Sakit Urat Selepas Bersalin

Bentan

Bentan
Bentan

Bentan sering dikaitkan dengan ibu berpantang yang bersalin samada secara normal atau pembedahan.

Menurut orang tua tua dulu jika wanita berpantang sangat menjaga dirinya atau tidak melanggar pantang sepanjang tempoh berpantang maka Bentan tidak akan terjadi.

Maka jangan berani nak langgar pantang jika tidak mahu terkena Bentan.

Bentan bermaksud ibu berpantang yang mengalami sakit badan, sakit urat, sakit pinggang dan sakit di bahagian peranakan malah boleh mengalami tumpah darah.

Apabila larangan berpantang dilanggar, badan akan berasa sejuk, terasa mahu pitam.

Ini berpunca dari bahagian dalaman ibu yang belum pulih sepenuhnya.

Ada beberapa jenis Bentan yang akan kami kongsikan;

BENTAN URAT
Badan menjadi lemah seolah olah demam, bisa urat dan sendi badan antaranya lulut mengigil kesejukan meskipun diwaktu tengah hari.

Seluruh otot badan tegang dan kejang. Ini disebabkan ibu terlalu aktif melakukan kerja rumah atau melakukan aktiviti fizikal melampau.

Sebaiknya elakkan dari melakukan sebarang aktiviti kerana badan masih lemah.

Disyorkan agar ibu sapu minyak panas dan mula bertungku/bertuam sehingga pecah peluh sekata ke seluruhan badan cuma jangan berurut.

BENTAN URAT PERANAKAN / URAT RAHIM
Sakit pada bahagian ari ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga mengakibatkan tumpah darah.

Keadaan ini berlaku akibat dari ibu yang mengangkat objek berat, tersepak ibu jari kaki atau terjatuh, terduduk atau terhempas penyebab pada Bentan urat peranakan.

BENTAN URAT BESAR (PINGGANG)
Urat besar adalah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul dan menyebabkan rasa lenguh dan sakit di atas bahagian belakang.

Biasanya ia terjadi pada ibu yang bersalin secara pembedahan (caeserean).

Kadang kala kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sehingga ibu terpaksa jalan berdingkit dingkit.

BAGAIMANA MAHU ELAK DARI BENTAN
• Ibu di galakkan banyak berehat dan tidur secukupnya. Cuba kurangkan bergerak atau berjalan dikhuatiri ibu jari kaki terlanggar objek keras, elakkan dari buat kerja rumah dan mengangkat beban berat.

Minta bantuan ibu anda, bidan atau suami termasuklah saat mandikan bayi.

• Kebersihan diri selepas bersalin sangat penting terutama di bahagian yang luka malah ibu juga mudah dijangkiti kuman pada bahagian peranakan, rahim, saluran atau pundi kencing.

Pastikan tuala wanita ditukar setiap beberapa jam sekiranya sudah penuh atau setiap kali buang air.

Lap hingga kering bahagian luka anda. Minta dan ikut nasihat doktor atau bidan cara yang betul menjaga kebersihan pada bahagian yang perlu.

• Pemakanan turut mempengaruhi masalah Bentan. Maka ibu perlu makan hidangan seimbang, berkhasiat dan lengkap dengan semua keperluan nutrisi harian.

Elakkan makan makanan dalam kategori sejuk seperti kangkung, kacang panjang, terung, nangka, pulut, ikan yang gatal, nenas, telur, ais batu dan seumpamanya yang mana penyebab wujudnya angin dalam perut.

TIP ELAK DARI BENTAN CARA TRADISIONAL
• Sapu minyak panas pada keseluruhan tubuh badan
• Pakai baju panas
• Berstoking sepanjang masa
• Pastikan berselimut ketika tidur
• Bertungku atau mandi wap herba

Bagi mengelakkan ibu terkena Bentan, penjagaan diri ketika tempoh berpantang perlu dipandang serius.

Apa yang kami boleh bantu ibu di sini dengan LOSYEN MUSTAJAB PATI HALIA DAN LIMAU NIPIS untuk lebih melekapi penjagaan berpantang ibu.

Jika anda melihat dari segi penjagaan berpantang antara yang penting adalah Berurut, Bertungku atau Mandi Wap Herba dan Berbengkung, ke semua rawatan ini boleh di kaitkan dengan Losyen Mustajab Hijau ini.

Gantikan minyak panas pada Losyen Mustajab Pati Halia dan Limau Nipis yang sangat membantu dan lebih memudahkan ibu.

Tidak perlu bancuhan herba yang mencomotkan.

Mulakan selepas mandi, picit Losyen Mustajab Hijau ini pada tapak tangan dalam kuantiti yang sesuai pada bahagian Dahi mengantikan Pilis, Ke Perut, Pinggang, Pinggul, Paha kemudian lilit bersama Bengkung untuk dapatkan bentuk badan idaman.

Losyen Mustajab ini boleh di sapu pada keseluruhan badan sehingga ke Tapak Kaki untuk mengantikan Param atau ketika proses Berurut.

Akhiri dengan pemakaian Stoking untuk mencegah dari Angin masuk dalam badan.

Satu lagi masalah ibu selepas bersalin adalah kesan Rekahan yang hodoh di lapisan Perut.

Segan bila di lihat suami dan perlu dirawat.

Ibu boleh gunakan Losyen Mustajab Pati Halia dan Limau Nipis ini untuk kurangkan kesan Rekahan kerana ramuan Pati Halia dan Pati Limau Nipis ini berfungsi baik untuk kecantikan kulit sambil membantu Ratakan Perut Buncit.

Ibu selepas bersalin jangan hanya terburu buru mahu kembali Ramping sedangkan kesihatan dalaman dan luaran juga penting untuk menjadikan anda seorang isteri dan ibu yang sempurna.

Hati hati dengan sakit Bentan yang tak terkata sakitnya dan ianya mampu melarat sehingga ibu merana.

Losyen Pati Halia dan Limau Nipis tidak sekadar melengkapi set berpantang ibu tetapi Bauan Aroma yang menyegarkan pada Losyen Mustajab Hijau ini akan memberi ibu ketenangan, tidak mudah ‘stress’ dan lebih mendorong untuk ibu rehat dengan tenangnya.

Situasi ini akan menjamin pada tubuh badan yang Sihat sekaligus mampu buat ibu kembali Langsing dan Ramping.

SAPU-SAPU JER, MUSTAJAB!

Kegunaan Wanita Selepas Bersalin
Sangat sinonim untuk kegunaan wanita selepas bersalin, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis yang menggunakan ramuan utama pati limau nipis dan pati halia mempunyai pelbagai kegunaan hanya di dalam satu produk sahaja.

Limau nipis biasa digunakan oleh wanita-wanita selepas bersalin semasa dalam pantang sebagai salah satu bahan untuk mengempiskan perut dan menyegarkan badan yang lesu serta keletihan selepas melahirkan. Kebiasaan digunakan semasa memakai bengkung atau dicampurkan di dalam air mandian ketika berpantang.

Berpantang Secara Moden
Sesuai dengan arus kemodenan dan masih mengamalkan petua-petua tradisional, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis memudahkan ibu-ibu untuk mengempiskan perut dengan hanya sapuan losyen di perut ditambah dengan sedikit urutan dan memakai bengkung untuk mendapatkan kesan yang paling optimum. Ianya dapat menjimatkan masa dan memudahkan ibu-ibu untuk mengurus diri sewaktu berpantang terutama ibu-ibu yang berpantang sendiri. Ianya tidak berminyak dan mudah menyerap, itulah antara kelebihan losyen ini.

Harga : SM RM25.00 / SS RM28.00
Kandungan : 130ml

Info Lanjut : Klik Disini

* Kesemua produk dari Dunia Herbs ini mudah didapati di toko² atau kedai jamu dan hypermarket di seluruh Malaysia!

Talian Khidmat Pelanggan : 017-3798861

Whatsapp : Klik Terus Disini

Shares

Leave a Reply