Bahan Herba Di Dapur Ketika Berpantang

Herba

Herba
herba

Sekali ini kami kongsikan bahan Herba yang bagus sepanjang wanita berpantang antaranya Halia, Lada Hitam, Manjakani, Bawang Putih dan beberapa lagi.

Biasanya ibu berpantang lebih memilih makanan panas yang berasaskan Herba kerana kelebihannya terutama dari segi baik pulih peranakan, buang darah, menyingkirkan angin dan toksin dalam badan anda.

Ada segelintirnya mahu yang mudah seperti Herba atau jamu dalam bentuk kapsul, pil, serbuk, gel minuman yang banyak dijual dipasaran luar tetapi masih ada yang memilih Herba asli demi kesihatan ibu dan bayi agar tidak terganggu.

Herba boleh dipilih mengikut kesesuaian diri anda atau, merujuk pada bidan tradisional juga ibu anda.

Samada suka atau tidak itu bukan persoalannya, soalnya ia sangat baik dipraktikkan untuk mempercepatkan proses pemulihan badan selepas bersalin harus di titikberatkan.

Anda bukan hanya perlu displin dengan rawatan param, pilis, tapel, bertangas, mandi wap, berurut dan berbengkung sahaja tetapi bab bab Herba, jamu, air akar kayu, air rebusan turut sama penting jika mahu dirimu sungguh bermakna.

Biasanya bidan bertauliah atau tradisional sarankan selepas 15 hari bersalin baru boleh minum Herba atau jamu agar tidak mendatangkan kesan pada bayi sekiranya diminum terlalu awal antaranya demam kuning, panas badan, ruam atau alahan.

Sebaiknya biasakan badan kembali pulih secara semulajadi terlebih dahulu.

Pada anda yang bersalin secara pembedahan dinasihatkan kembali berpantang cara tradisional.

Berikut kami kongsikan bahan Herbs yang popular dikalangan ibu berpantang yang sedia ada di dapur anda, mudah dan jimat masa!

HALIA membantu sembuhkan luka, hilangkan kesejukan pada buah buahan atau sayur sayuran jika termakan saat berpantang, singkirkan angin dalam usus kecil, cegah dari kembung atau sakit perut, lancarkan proses penghadaman makanan, hilangkan bau mulut, lendir dalam rahim (darah nifas), kahak, awet muda dan halang dari kedutan pada kulit.

LADA HITAM membantu panaskan badan ibu, segarkan badan, ubat demam, pening kepala, loya, cirit birit, lawaskan kencing dan elakkan bayi kembung perut.

MANJAKANI membantu merawat luka dalaman dan luaran selepas ibu bersalin, merawat masalah keputihan, mengeratkan hubungan suami isteri, memulihkan tisu rosak selepas bersalin, kurangkan lelehan mukus, menstabilkan hormon, melancarkan darah, proses pencernaan & kembali bertenaga.

PEGAGA ini membantu anda awet muda, sejukkan badan, tonik untuk otak, merawat sakit badan, buang air besar berdarah, melegakan sakit sendi dan mencuci luka ulser.

SERAI pula membantu mengecutkan rahim bengkak selepas bersalin, mengeluarkan lendir dalam rahim (darah nifas), singkir angin dalam badan, legakan bisa otot atau badan, kuatkan saraf yang lemah, elakkan angin meroyan, merancang kehamilan (family planning), awet muda, menyihat dan segarkan rahim, legakan sakit kepala, sengal sendi, melawaskan buang air kecil dan mencegah perut kembung.

DAUN KUCAI membantu membunuh bakteria dalam usus, merangsang proses pengecutan dan pengembangan usus, melancarkan pengaliran darah, elakkan pembekuan darah, merawat sakit rengat, senggugut, keputihan dan sembelit.

GINSENG/AKAR KAYU KERING HERBA membantu meningkatkan stamina, mencegah kelesuan badan, meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan awet muda.

HALBA membantu menambahkan susu ibu dan menghangatkan badan selepas bersalin.

BUAH PALA pula membantu singkir angin dalam badan.

ASAM JAWA membantu menyejukkan badan, kurangkan berat badan, antiseptik, sembuhkan luka, gatal, bisul, sakit tekak dan lemah badan.

BAWANG PUTIH membantu menyembuhkan luka, menghalang penyakit sengal dan saraf, singkir angin dan parasit dalam badan.

BAWANG MERAH membantu mencegah bakteria, merawat sengal tulang dan insomnia.

Bahan bahan yang kami kongsikan ini boleh direbus dan diminum airnya, boleh juga masukkan pada masakan berpantang anda, dijadikan air mandian herba atau sebagai pencuci pada bahagian luka selepas bersalin.

Ibu berpantang tidak hanya tertumpu pada kesihatan dalaman atau luaran sahaja malah kecantikan pada potongan badan juga perlukan perhatian.

Almaklumlah selepas bersalin, badan si ibu seperti terlebih isi sekaligus ini akan menjejaskan potongan badan anda.

Diruangan ini kami kenalkan anda pada LOSYEN MUSTAJAB PATI HALIA DAN LIMAU NIPIS yang dirumuskan dari Pati Halia Tulin bersama Limau Nipis untuk khasiat yang lebih ‘power’ pada keseluruhan badan ibu berpantang.

Penggunaan Losyen Mustajab Hijau ini tidak melecehkan malah memudahkan urusan harian juga menjimatkan masa dan wang anda.

Kini rawatan Param, Pilis, Tapel, Berurut, Bertangas dan Berbengkung, anda boleh guna pakai Losyen Mustajab Hijau ini.

Bayangkan fungsinya bukan satu atau dua tetapi terlebih lebih.

Sapu sahaja di Dahi sebagai mengantikan fungsi Pilis, sapu pada keseluruhan badan kecuali bahagian payudara ketika rawatan Param, Berurut, Bertangas dan Mandi Wap supaya lupus Lemak Lebihan dalam badan.

Perut bahagian paling wajib sapu Losyen Mustajab ini disusuli dengan lilitan kemas Bengkung agar segera kempis dalam masa yang sama merawat Rekahan di Perut yang ikut sama timbul selepas bersalin.

Ada satu lagi masalah yang tidak asing dengan ibu berpantang ialah Angin Jahat dalam badan masih boleh diatasi dengan Losyen Mustajab yang sama.

Jangan lupa pada sepasang Tapak Kaki anda, sebelum Berstokin sapu dulu untuk elakkan kaki kesejukan dan kata mak mak ini ‘signal’ pada orang sekeliling yang anda sedang berpantang maka mereka harus hati-hati.

Percaya atau tidak, terpulang pada anda tetapi kami tidak nampak dimana salahnya jika anda menjalani amalan berpantang ini.

Keberkesanannya telah terbukti walaupun tidak 100% tahap pemulihannya.

Oleh sebab itu sebaiknya anda harus teruskan amalan berpantang ini sehingga ke 100 hari bersama produk Losyen Mustajab Pati Halia dan Limau Nipis yang seiring hebat dengan pelbagai rawatan berpantang pada Kesihatan dan Kecantikan Badan anda.

Encik suami akan bertambah sayang kerana anda bijak memilih yang terbaik untuk diri anda.

SAPU-SAPU JER, MUSTAJAB!

Kegunaan Wanita Selepas Bersalin
Sangat sinonim untuk kegunaan wanita selepas bersalin, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis yang menggunakan ramuan utama pati limau nipis dan pati halia mempunyai pelbagai kegunaan hanya di dalam satu produk sahaja.

Limau nipis biasa digunakan oleh wanita-wanita selepas bersalin semasa dalam pantang sebagai salah satu bahan untuk mengempiskan perut dan menyegarkan badan yang lesu serta keletihan selepas melahirkan. Kebiasaan digunakan semasa memakai bengkung atau dicampurkan di dalam air mandian ketika berpantang.

Berpantang Secara Moden
Sesuai dengan arus kemodenan dan masih mengamalkan petua-petua tradisional, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis memudahkan ibu-ibu untuk mengempiskan perut dengan hanya sapuan losyen di perut ditambah dengan sedikit urutan dan memakai bengkung untuk mendapatkan kesan yang paling optimum. Ianya dapat menjimatkan masa dan memudahkan ibu-ibu untuk mengurus diri sewaktu berpantang terutama ibu-ibu yang berpantang sendiri. Ianya tidak berminyak dan mudah menyerap, itulah antara kelebihan losyen ini.

Harga : SM RM25.00 / SS RM28.00
Kandungan : 130ml

Info Lanjut : Klik Disini

* Kesemua produk dari Dunia Herbs ini mudah didapati di toko² atau kedai jamu dan hypermarket di seluruh Malaysia!

Talian Khidmat Pelanggan : 017-3798861

Whatsapp : Klik Terus Disini

Shares

Leave a Reply