Apakah Yang Berlaku Kepada Badan Anda Selepas Bersenam?

Selepas Bersenam

Selepas Bersenam
Selepas Bersenam

Bersenam adalah aktiviti yang wajib oleh setiap individu.

Bukan sebab suka suka tetapi senaman adalah makanan harian pada kehidupan anda untuk terus bergerak aktif dan mengawal penyakit dengan lebih baik.

Para wanita yang sering mengidam ciri ciri potongan badan yang ideal dan sempurna, anda mungkin akan terkejut dengan fakta bahawa badan anda akan melalui banyak perubahan dengan bersenam.

Sebenarnya impak bersenam ini tidak hanya cenderung pada kecantikan malah pada keseluruhan badan anda.

Kami kongsikan perubahan yang berlaku pada badan anda selepas bersenam.

SENGAL URAT
Biasanya berlaku pada keesokan harinya saat anda bangun dari tidur, badan terasa sakit atau lenguh lenguh tetapi anda tidak perlu bimbang kerana kesakitan ini adalah proses mencuba untuk pulihkan otot yang terkoyak dan membina lebih banyak sel sel otot baru setiap kali anda bersenam.

Jika anda teruskan bersenam, anda akan perasan badan anda berubah dan otot semakin besar.

Mungkin akan menyakitkan untuk satu atau dua minggu tetapi itu petanda anda telah berjaya bersenam dengan bersungguh sungguh.

SISTEM PENGHADAMAN MAKANAN LEBIH LANCAR
Bersenam boleh membantu anda yang sedang berhadapan dengan masalah sembelit.

Bekerja atau pergerakan di luar akan membantu mempercepatkan sistem penghadaman anda kerana ianya membantu mempercepatkan masa yang diambil oleh makanan untuk melalui sistem usus anda.

Ini bermakna badan anda menyerap kurang air dari najis.

Semakin banyak air kurang diserap dari najis akan semakin kurang risiko sembelit dan keadaan ini akan membantu melancarkan proses untuk anda lawas.

PERASAAN LEBIH BAIK
Perasan gembira dan bersenam punya hubung kait.

Impaknya yang kuat boleh dirasai selepas 5 minit anda bersenam.

Mereka yang berumur antara 16 tahun hingga 65 tahun didapati lebih gembira dan puashati dengan kehidupan harian mereka jika bersenam dengan lebih kerap.

Tidak kira samada anda mengangkat berat atau hanya berlari cuma pastikan badan anda sentiasa bergerak dan berpeluh adalah cara yang baik untuk menambah baik perasaan anda secara keseluruhan.

MENINGKATKAN FUNGSI OTAK
Bersenam sebenarnya membantu fungsi otot dan melindungi anda dengan lebih baik.

Semasa latihan, badan anda akan mengepam lebih banyak darah dengan laju pada keseluruhan badan anda.

Bermakna aliran darah dan oksigen ke otak akan meningkat.

Inilah sebab kenapa anda rasa lebih peka semasa dan selepas bersenam.

Dari masa ke semasa, senaman anda juga sangat bagus untuk melawan penyakit otak yang serius seperti Parkinson, Alzheimer dan Strok.

BAKAR LEBIK BANYAK KALORI
Semasa bersenam badan anda akan bertukar pada mesin pembakar kalori.

Lebih banyak otot anda bergerak akan lebih banyak kalori yang dibakar sepanjang hari.

Oleh sebab itu mereka yang mempunyai otot yang besar akan kerap rasa lapar.

Pada situasi ini tahap metabolisme akan meningkat dan yang menariknya anda boleh makan pada kuantiti yang banyak.

Jika tidak sel sel otot anda akan kekurangan nutrien dan mula memakan diri sendiri.

Pada anda yang sedang menurunkan berat badan, cuba jangan ‘skip’ waktu makan dan amalkan cara ‘eat clean’.

TIDUR YANG LEBIH BAIK
Bukan sesuatu yang mustahil apabila badan anda penat selepas bersenam berlebihan tetapi ianya membantu anda untuk tidur yang lebih berkualiti.

Menurut kajian, anda yang kerap bersenam pada waktu petang akan mudah tidur nyenyak pada waktu malam.

KURANG TEKANAN PERASAAN
Jika anda antara individu yang kerap dibebani dengan tekanan, sudah tiba masa anda perlu pertimbangkan untuk bersenam.

Ada kajian menyatakan bersenam dengan melibatkan kumpulan otot besar walaupun hanya 2 kali seminggu boleh membantu kurangkan tekanan anda.

Bersenam boleh membantu anda berfikir dengan lebih tenang dan waras juga turut melatih otot menjadi lebih kuat menghadapi tekanan fizikal juga tekanan tekanan yang lain.

FUNGSI JANTUNG LEBIH BAIK
Perasan tak saat mula mula anda bersenam, kadar jantung anda berdegup lajukan? Ini disebabkan jantung juga adalah otot yang turut sama berlatih.

Lebih banyak latihan, jantung anda akan menjadi lebih kuat untuk mengepam darah sekaligus stamina akan meningkat.

Aktiviti ini juga turut merangsang pertumbuhan salur darah baru dan secara tidak langsung tekanan darah anda menurun.

MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI
Badan anda akan berubah menjadi lebih baik, fizikal badan yang cantik, lebih bersemangat untuk bekerja, perasaan lebih tenang sekaligus anda akan terasa keyakinan diri meningkat.

Maka anda akan berjaya menampilkan imej diri yang lebih baik dan lebih berkeyakinan. Kehidupan seharian anda akan lebih gembira, sihat dan teratur.

Betapa bagusnya senaman pada kehidupan harian anda.

Keletihan serta bermandi peluh saat bersenam tidak sia sia malah hasilnya sangat menguntungkan pada kesihatan dan kecantikan badan anda.

Hasil keuntungan anda hari ini sememangnya boleh di gandakan dengan LOSYEN MUSTAJAB SUPER HOT
yang Supeb Panas dengan rumusan Pati Halia Tulin bersama Capsicum.

Persiapkan diri anda dengan Losyen Mustajab Merah ini sebelum sesi ‘warm up’ anda.

Di sapu dahulu pada bahagian Bahu, Lengan, Belakang Badan, Perut, Pinggang, Pinggul, Betis dan Tapak Kaki.

Kepanasan Losyen Mustajab ini akan meresap pada lapisan kulit anda untuk melindungi anda dari Kekejangan Otot, Kesakitan Sendi atau Lenguh Lenguh Badan selepas usai anda bersenam.

Kami tidak mahu anda menggalah pada kesakitan, seharusnya anda akan lebih bersemangat untuk terus bersenam pada hari hari seterusnya.

Dalam masa yang sama, Lemak yang tersimpan padu dalam badan anda akan turut terkesan dek kepanasan Losyen Mustajab Merah ini.

Maka ukuran bentuk badan anda tidak mustahil akan berubah pada potongan Langsing dan Ramping. Wow kan!!

Masalah Selulit juga tidak harus dipandang sepi, ia juga menganggu diri anda walaupun dilindungi oleh pakaian anda.

Losyen Mustajab yang sama akan turut membantu merawat Selulit pada lapisan kulit anda.

Kelebihan yang lain, apabila anggota otot anda ligat bergerak maka kepanasan Losyen Mustajab Merah ini akan bertahan pada jangkamasa yang lebih lama sehingga badan anda dibasahi peluh yang luarbiasa.

Tiada siapa yang boleh paksa anda untuk bersenam kecuali dari kemahuan anda sendiri.

Maka fikir fikirkanlah. Masih belum terlewat untuk badan anda dilatih dengan bersenam dan dibiasakan dengan Losyen Mustajab Super Hot.

Impaknya bukan sebarangan malah keseluruhan badan anda akan mendapat kebaikan dari segi kesihatan dan kecantikan.

SAPU-SAPU JER, MUSTAJAB

Pembakar Lemak Yang Degil
Sesuai dengan kepanasan yang lebih tinggi dari losyen-losyen yang lain, Losyen Mustajab Pati Halia Super Hot boleh membantu mengurangkan kesan selulit yang degil dan tebal serta membantu mendapatkan pinggang yang ramping dan potongan badan yang ideal. Untuk mendapatkan kesan yang lebih optimum, gunakan bersama bengkung dan nantikan hasilnya yang sangat memuaskan.

Memberikan Kelegaan Pada Otot Dan Sendi
Kesakitan pada sendi serta kekejangan otot selepas melakukan sukan lasak seringkali menjadi masalah utama kepada penggemar aktiviti seperti ini. Namun kini, ia mampu dikurangkan dengan menyapu Losyen Mustajab Pati Halia Super Hot terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti-aktiviti tersebut. Rasa hangat yang berpanjangan, menambahkan keselesaan pada pengguna dan mengurangkan kesan sakit akibat aktiviti lasak.

Harga : SM RM25.00 / SS RM28.00
Kandungan : 130ml

Info Lanjut : Klik Disini

* Kesemua produk dari Dunia Herbs ini mudah didapati di toko² atau kedai jamu dan hypermarket di seluruh Malaysia!

Talian Khidmat Pelanggan : 017-3798861

Whatsapp : Klik Terus Disini

Shares

Leave a Reply