Antara Dunia Herbs dan D’Herbs

d'herbs

Saya percaya dulunya ramai juga yang keliru antara syarikat Dunia Herbs dan D’herbs kerana nama yang hampir serupa dari segi ejaan mahupun sebutan tetapi sehingga saat ini rasanya pelanggan serta orang ramai sudah pun jelas antara siapa Dunia Herbs dan D’herbs.

Baru-baru ni ketika saya menghadiri majlis pelancaran produk minyak wangi jenama Matahari oleh artis Shiela Rusli, saya terserempak dengan pengasasnya D’herbs Dato Aliff Shukri yang sekarang ni terlajak popular dan tersangat dikenali ramai. Hampir 2 tahun saya tak ketemu beliau dan kali ni kelihatan dia semakin terlajak kacak dan bergaya sekali.

Bercerita tentang Aliff Shukri ni, memang tak dinafikan perkembangan beliau dalam pasaran produk kesihatan dan kecantikan begitu cepat dan agresif sekali dek kerana cara pengiklanannya ala ‘gila-gila’ yang dibuat dan penonjolan diri beliau sendiri sebagai ikon dan jurucakap produk menjadi beliau lebih dikenali dan diingati. Ini sebenarnya salah satu strategi yang baik dalam perniagaan.

Walaupun syarikat Dunia Herbs lebih lama ditubuhkan dan terlebih dahulu berada dalam pasaran namun D’herbs telah berjaya menonjolkan nama melebihi semua pesaingnya.

Kalau tak silap saya, ada juga antara produk awal keluaran D’herbs ialah losyen panas Makbul Munajat yang pada masa itu juga sedang bersaing dengan produk keluaran Dunia Herbs iaitu Losyen Mustajab Pati Halia.

Dalam perniagaan, persaingan sihat adalah sangat baik kerana setiap pesaing akan berusaha menjadikan produk dan perkhidmatan bertambah baik dari masa kesemasa dan ini sangat bagus kerana ianya dapat memberi menafaat dan kebaikan untuk pelanggan.

Namun Begitu, sebaliknya jika persaingan yang tidak sihat berlaku dengan masing-masing pihak cuba untuk meneggelamkan dan ‘membunuh’ pesaing dan gembira dengan terkuburnya pesaing sangatlah tidak elok dan ini akan memberi kesan juga kepada pelanggan kerana  apabila tamak dan ‘teruja’ untuk jatuhkan pesaing, sesebuah syarikat akan berlumba-lumba mengeluarkan produk yang tidak berkualiti semata-semata ingin menawarkan harga yang lebih murah dari pesaing dan dapat mengaut keuntungan yang lebih banyak.

Syukur Alhamdulillah setakat ini Syarikat Dunia Herbs telah berjaya bertahan hampir 10 tahun dalam dunia perniagaan walaupun tidak sepopular syarikat yang lain yang ada dipasaran sekarang.

Dunia Herbs percaya dengan memberikan khidmat terbaik dan menawarkan produk-produk yang berkualiti itu adalah resepi untuk bertahan lama. Apabila pelanggan yang menggunakan produk kami amat berpuashati dan berjaya mendapat kesihatan dan kecantikan yang diidamkan serta sokongan yang padu dari pelanggan yang setia menjadikan Dunia Herbs mempunyai identiti tersendiri dan terus kekal dalam pasaran negara.

Terima kasih tidak terhingga kepada pengguna setia, stokis-stokis, sahabat, keluarga yang terus menyokong dan mendoakan kejayaan syarikat Dunia Herbs.

Dunia Herbs Terlajak Mustajab… oopss…..Memang Mustajab!          

Shares
2 Comments
0 Pings & Trackbacks
0 Pings & Trackbacks

Leave a Reply