Angin Dalam Badan

Angin Dalam Badan

ALISYA menyedari dirinya kurang disenangi pekerjanya kerana dia sering berangin. Berangin dalam konteks ini amat berkait dengan sikap atau perangai tidak menentu dalam diri Alisya. Cepat berangin atau angin penuh badan dikaitkan dengan sikap negatif yang mungkin menyerang sesiapa saja disebabkan beberapa gejala. Badan dimasuki angin hingga menyebabkan sakit melampau ini boleh menyerang sesiapa saja tidak mengira jantina mahupun usia.

Antara punca berlakunya badan berangin, kembung atau angin yang tersekat dalam badan boleh menjejaskan kesihatan seseorang. Rasa lenguh melampau selain tidak selesa menyebabkan emosi juga cepat terganggu. Ekoran perut kembung atau penuh toksid sehingga menyukarkan angin bergerak keluar dan hanya terperap dalam perut perlu diatasi segera. Gas atau angin yang disedut mengandungi bakteria atau kuman tidak baik yang dalam usus besar dipercayai mengganggu sistem pencernaan seseorang.

Gas yang terdapat dalam sistem pencernaan atau gastrointestinal mengandungi 99 peratus gas buangan seperti oksigen, nitrogen, karbon dioksida, hidrogen dan mitana. Komponen kecil ‘flatus’ atau gas itu mengandungi sulfur sememangnya ada dalam usus besar dikaitkan dengan bau yang tidak menyenangkan.

Terjadinya penggumpalan sel membuatkan angin sentiasa ada dalam badan (perut). Apabila angin terlalu banyak berkumpul menyebabkan badan tegang dan angin sukar bergerak keluar. Kesannya akan mendatangkan pelbagai risiko serta boleh mendorong penyakitblebih kronik.

Punca :-
* Sistem imunisasi yang lemah
* Mudah dijangkiti virus dan kuman justeru ada bahagian dalam saraf yang rosak
* Tekanan hidup moden punca seseorangvtertekan
* Kurang bersenam
* Tidak kental semangat punca cepat diserang angin
* Gaya hidup negatif
* Kurang tidur
* Makan tidak teratur

Tanda-tanda angin banyak dalam badan :-
* Lesu/tidak bertenaga
* Rasa kebas/lenguh
* Tapak tangan/kaki berasa sejuk
* Selalu menguap/mengantuk
* Sukar bernafas
* Kulit kering
* Muscle spasm waktu tidur/jaga
* Perut berangin
* Sakit kepala/migraine
* Mudah marah
* Hilang selera makan
* Hilang/kurang nafsu seks
* Rimas/badan tidak selesa

Cara atasi :-
* Minum air halia/air panas/eno dan lain-lain.
* Lakukan urutan untuk mendorong angin keluar.

Shares

Leave a Reply