Amalan Berpantang, Relevankah??

Berpantang
Berpantang

Syukur Alhamdulillah atas kelahiran seorang bayi yang comel. Tidak tergambar kegembiraan seorang ibu dan ayah di saat indah ini.

Dalam meraikan berita gembira ini, ibu jangan lupa atau buat buat lupa yang anda perlu menempuh fasa Berpantang selepas proses mengandung dan bersalin. Berpantang adalah proses pemulihan ibu selepas melalui saat perih bersalin. Hal ini mula di pandang remeh oleh ramai ibu pada zaman serba moden ini. Mereka beranggapan amalan Berpantang ini melecehkan sedangkan ianya wajar di amalkan demi kesihatan tubuh badan ibu untuk jangkamasa panjang.

Sering kedengaran rungutan ibu ibu bila berdepan dengan larangan yang banyak dan pelbagai ketika Berpantang. Merangkumi aspek dari segi pemakanan, penjagaan ibu dan bayi. Ramai yang bosan bila terpaksa hadam menu yang sama dan kurang menyelerakan. Sekali lagi kesabaran di uji dengan tradisi turun temurun antaranya berurut, bertungku, bertuam, bertangkas, mandian herba, berbengkung, belum lagi dengan pengambilan jamu yang boleh buat kembang anak tekak. Itulah lumrah ibu bersalin, wajib Berpantang bagai, kalau tidak, ibu akan terlihat tua sebelum waktunya.

Masih relevankah segala pantang larang ini? Samada relevan atau tidak, tempoh Berpantang ini boleh di anggap peluang maksima untuk kembalikan kesihatan dan kecantikan luar dalam ibu. Mungkin masih ada ibu yang tidak pasti hal hal berpantang ini atau terlepas pandang. Mari kita rungkaikan satu persatu Berpantang cara nenek moyang dulu kala, yang kita sudah sedia tahu, sangat berpegang kuat dengan cara tradisional Melayu.

PROSES MANDIAN HERBA

Pagi dan petang, waktu yang paling sesuai untuk mandian herba ini. Di cadangkan untuk tempoh seminggu. Herba mandian perlu di rebus bersama dedaun herba iaitu daun nangka, daun pandan, daun inai dan serai wangi. Rebusan ini untuk bantu segarkan lagi tubuh badan ibu. Sekarang, daun daun herba ini mudah untuk ibu dapatkan, yang mana sudah sedia ada dalam bentuk herba yang di keringkan atau serbuk.

PROSES MANDI

Selepas mandian herba selama seminggu, ibu boleh teruskan mandi dengan air panas. Ini untuk elakkan tubuh badan dari kesejukan dan bantu keluarkan angin dalam badan. Pastikan posisi ibu dalam keadaan mandi duduk. Ini untuk bantu kesihatan peranakan si ibu terjaga dan tidak perlukan banyak tenaga. Fahamlah yang keadaan ibu selepas melahirkan masih lemah.

PROSES BERURUT

Perlukan bidan atau tukang urut yang berpengalaman. Biasanya urutan bermula pada waktu pagi selepas mandi selama tiga hari berturut turut atau di ulang semula pada penghujung tempoh Berpantang iaitu hari ke empat puluh dua, empat puluh tiga dan empat puluh empat di ikuti pada hari ke enam puluh dan ke seratus hari selepas tempoh berpantang mengikut pilihan ibu.

Urutan yang baik membantu pulihkan aliran darah, mencuci dan mengeluarkan darah, angin serta lendir kotor sambil melawaskan darah nifas daripada tersekat atau tersumbat. Emosi ibu akan lebih tenang, tubuh badan yang lesu lebih rasa ringan dan lega dari bisa otot juga sendi.

PROSES BERTUNGKU

Tidak lengkap proses Berpantang tanpa bertungku. Bertungku biasanya di lakukan sebelum memakai bengkung pada waktu pagi dan petang. Caranya dengan sebiji batu sungai atau tungku besi yang telah di panaskan kemudian di balut dengan kain yang di lapik daun mengkudu. Kesan panas dari tungku akan meresap ke daun. Sambil berbaring, tungku akan di tekan perlahan lahan sekitar pangkal paha, berhampiran ari ari, perut, bawah pusat, tapak kaki sehingga tumit kak. Bertungku ini penting untuk menghangatkan tubuh badan ibu.

PROSES TAPEL

Tapel ini dari ramuan tepung beras, kapur sirih, air limau nipis, kencur dan kayu manis yang di bancuh dan sapuan pada bahagian perut sebelum di lilit dengan bengkung. Sapuan ini akan menghangatkan perut dan bertujuan bantu kurangkan rasa sakit sakit di perut sambil memulihkan keadaan luaran bahagian perut akibat kesan selulit, strect mark (rekahan di perut), bakar lemak pada kulit, meratakan perut buncit, buang angin, buang darah kotor dan tegangkan kulit perut yang mula menggelebeh.

Tapel ini hanya di syorkan pada ibu yang bersalin normal. Untuk ibu yang bersalin secara pembedahan, tidak di galakkan melainkan luka atau kesan jahitan pada perut di yakini sudah benar benar sembuh dan tidak bermasalah.

PROSES BERBENGKUNG

Selepas selesai proses berurut dan bertungku, tubuh badan ibu akan di lilit dengan kain bengkung yang di perbuat daripada kain kapas bermula pada paras dada sehingga ke bawah punggung.

Lilitan bengkung ini bukan semata mata untuk kecutkan rahim tetapi bantu menampung rahim ibu yang telah di tumpang oleh bayi selama sembilan bulan, di teran ketika bersalin selama berjam jam dan bengkak berdarah selepas proses bersalin juga beri keselesaan pada tulang belakang. Dengan berbengkung juga boleh bantu elakkan perut ibu boroi. Selepas sudah sebulan berlilitkan bengkung, nanti boleh sangatlah melaram baju baju lama. Tak ada lagi alasan baju sendat mendat.

PROSES BERTANGKAS

Bertangkas merupakan rahsia ibu ibu bagi memastikan kesihatan peranakan dan tubuh badan. Teknik bertangkas umpama mandi wap atau sauna tetapi lebih khusus pada bahagian intim ibu. Pentingnya proses bertangkas ini untuk bantu kecutkan rahim, kuatkan otot vagina, kurangkan bau badan, kurangkan bau bahagian intim, kurangkan masalah pada rahim, memulihkan tubuh badan dengan cepat, lancarkan darah nifas, elakkan masalah kegatalan dan kembali langsing.

PROSES BERPARAM

Sejenis rawatan sapuan pada keseluruhan tubuh badan kecuali payudara dan perut. Campuran param ini dari beras yang di rendam, kencur, sirih, halia, cendana, bawang putih, kunyit, kulit limau purut dan beberapa jenis herba lagi. Param ini membantu mengatasi pembengkakkan yang di alami oleh ibu yang baru melahirkan. Sebaiknya sapu selepas mandi, sekurang kurangnya dua kali sehari selama empat puluh hari. Ini untuk bantu lancarkan peredaran darah, elakkan angin masuk dalam badan, menghangatkan, menyegarkan tubuh badan dan menjaga kecantikan luaran kulit.

PROSES PILIS

Pilis pula dari campuran herba khusus untuk sapuan pada bahagian dahi. Bahan asasnya dari tepung beras yang di campur herba kencur, kunyit, kenanga, daun pudina, halba, kapur sirih dan air limau nipis. Di syorkan sapu selepas mandi, sekurang kurangnya dua kali sehari sehingga ke empat puluh hari. Ini untuk bantu redakan sakit kepala, melancarkan peredaran darah, menyegarkan mata, memberi keselesaan pada ubun, elakkan dari rasa pitam, gelap mata, pandangan kabur dan angin penyebab pada tekanan emosi.

PANTANG MAKAN DAN PILIH MAKANAN SEIMBANG

Ibu Berpantang peruntukkan hidangan seimbang dan sihat. Jangan sesekali ambil remeh soal pemakanan ini yang boleh memudaratkan tempoh untuk sembuh. Ibu harus elakkan makanan yang jenis berbisa, sejuk, angin dan gatal seperti ikan keli, sembilang dan pari adalah ikan yang mengandungi bisa penyebab pada turun darah dan bentan. Sayuran sejuk dan angin juga patut di elakkan seperti terung, petola, kangkung supaya ibu tidak kembung dan sakit sakit badan.

MINUMAN AIR AKAR KAYU DAN JAMU

Minuman air akar kayu dan pengambilan jamu sangat di galakkan pada ibu ibu selepas bersalin untuk sihat dan segarkan tubuh badan di samping bantu kecutkan rahim secara rawatan dalaman.

PEMAKAIAN SARUNG KAKI (STOKIN)

Ini untuk elakkan kaki daripada menyentuh terus ke lantai. Ibu akan terasa badan kesejukan, urat kaki bersimpul dan mudah masuk angin. Mulalah rasa badan tidak bermaya, pening pening lalat dan sebagainya. Sedangkan ibu perlu kekalkan suhu badan yang optimum memandangkan badan belum sembuh sepenuhnya. Seeloknya pakai sarung kaki setiap masa terutama sekali bila perlu berjalan. Sebelum penyakit menular, pastikan kaki berlapik ya.

POSISI DUDUK

Samada bersalin secara normal atau pembedahan, ibu perlu pastikan duduk dalam keadaan bersimpuh dan rapatkan dua belah lutut adalah di galakkan. Cara ini untuk sembuhkan luka selepas melahirkan dan peranakan sentiasa dalam keadaan baik.

Selain dari proses Berpantang yang kami rungkaikan di atas, ibu ibu masih ada pilihan yang lebih moden seiring dengan gaya hidup zaman serba serbi canggih ini. Kami memilih LOSYEN MUSTAJAB PATI HALIA DAN LIMAU peneman ibu ibu menempuh saat Berpantang mereka dengan lebih mudah dan tenang, jauh dari kekusutan, kebosanan dan kemalasan.

Losyen Mustajab Hijau ini di ilhamkan dari ramuan Pati Halia Tulin bersama Pati Limau Nipis untuk kami kongsikan khasiat yang terbaik. Tempoh Berpantang bukan jangkamasa yang singkat, ibu terpaksa melaluinya sehingga ke empat puluh empat hari makanya kami mahu aroma bauan menyegarkan dari Losyen Mustajab ini di hidupkan pada diri ibu. Elakkan dari situasi tertekan atau tidak bermaya.

Sapuan Losyen Mustajab Hijau ini datang dengan pakej membantu merawat Rekahan Perut, Pinggul, Buang Angin dan Lemak yang suka sangat bertandang dalam tubuh badan, dalam masa yang sama Legakan rasa Bisa Urat, Sendi, Otot dan Sakit sakit Badan. Losyen Mustajab yang sama boleh gantikan fungsi Param dan Pilis, selepas ini ibu ibu tidak lagi perlu bersilat menyiapkan bancuhan. Bila sampai masa untuk Berurut, Losyen Mustajab Hijau ini masih berguna, tidak ada masalah untuk di sapu pada keseluruhan tubuh badan, malah di galakkan. Losyen Mustajab yang bersifat mesra pengguna.

Apa pun pesepsi anda tentang amalan Berpantang ini, ianya masih relevan untuk ibu ibu masa kini cuma mereka punya pilihan untuk amalkan petua Berpantang orang zaman dahulu atau berpantang mengikut nasihat pakar perubatan. Jangan ambil mudah kerana penjagaan di kalangan masyarakat Melayu semasa Berpantang adalah semata mata mahu beri hak pada tubuh badan wanita kembali pulih seperti sedia kala. Percayalah, ibu yang gigih Berpantang cara tradisional Melayu ini, terbukti luaran dan dalaman mereka berjaya kembali muda semula.

SAPU-SAPU JER, MUSTAJAB!

Kegunaan Wanita Selepas Bersalin
Sangat sinonim untuk kegunaan wanita selepas bersalin, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis yang menggunakan ramuan utama pati limau nipis dan pati halia mempunyai pelbagai kegunaan hanya di dalam satu produk sahaja.

Limau nipis biasa digunakan oleh wanita-wanita selepas bersalin semasa dalam pantang sebagai salah satu bahan untuk mengempiskan perut dan menyegarkan badan yang lesu serta keletihan selepas melahirkan. Kebiasaan digunakan semasa memakai bengkung atau dicampurkan di dalam air mandian ketika berpantang.

Berpantang Secara Moden
Sesuai dengan arus kemodenan dan masih mengamalkan petua-petua tradisional, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis memudahkan ibu-ibu untuk mengempiskan perut dengan hanya sapuan losyen di perut ditambah dengan sedikit urutan dan memakai bengkung untuk mendapatkan kesan yang paling optimum. Ianya dapat menjimatkan masa dan memudahkan ibu-ibu untuk mengurus diri sewaktu berpantang terutama ibu-ibu yang berpantang sendiri. Ianya tidak berminyak dan mudah menyerap, itulah antara kelebihan losyen ini.

Harga : SM RM25.00 / SS RM28.00
Kandungan : 130ml

Info Lanjut : Klik Disini

* Kesemua produk dari Dunia Herbs ini mudah didapati di toko² atau kedai jamu dan hypermarket di seluruh Malaysia!

Talian Khidmat Pelanggan : 017-3798861

Whatsapp : Klik Terus Disini

Shares

Leave a Reply