Amalan Berpantang Ibu Selepas Bersalin

selepas bersalin

Amalan Berpantang Bagi Ibu Selepas Bersalin

Wanita sekarang ramai yang dah melupakan amalan berpantang selepas bersalin. Amalan penting penjagaan diri ibu-ibu selepas bersalin kian dipandang remeh dan diambil ringan oleh ramai wanita hari ini terutama amalan berurut, bertuam, bertungku, bertangas dan berbengkung. Memang lah tempoh pantang selepas bersalin ni satu perkara yang membosankan tapi wanita-wanita haruslah sabar dan ingat bahawasanya semua perkara berpantang yang akan dilakukan ini bakal memberi kebaikan kepada kesihatan dan kecantikan untuk diri sendiri juga.

Banyak perkara yang sebelum ni biasa kita lakukan tetapi selepas bersalin telah ada pantangnya dan amalan baru terpaksa kita ikut kerana bimbang akan menjadi bentan dan sebagainya. Tidak dinafikan amalan ini agak leceh, tapi dah tentu kita mahukan kesan untuk jangka masa panjang kan?
Jadi dinasihatkan untuk bakal ibu.….Jangan lah kita abaikan amalan selepas bersalin ini kerana jika kita abaikan, kesan yang tidak baik mungkin tidak berlaku serta-merta tetapi apabila melalui kelahiran yang banyak, usia mula meningkat, tenaga pun semakin menurun, barulah terasa lenguh-lenguh dan bisa urat, sendi serta otot, sakit pinggang dan kebas tangan dan tak kurang juga ada ibu menjadi dingin dan lemah tenaga batin.

Amalan Penting yang harus diamalkan !

1. Hubungan Seks

Ramai doktor menyarankan hubungan seks tidak dilakukan dalam masa 6 minggu selepas bersalin. Ye la kan…si ibu ni baru saja melalui proses yang menyakitkan maka dia perlu masa untuk kembali sihat dan kuat. Tambahan pula , perlu bagi masa kepada bahagian sulit untuk betul-betul sembuh lagi –lagi mereka yang terluka eposiotomi.

Ramai yang maklum Luka episiotomy ni ialah potongan yang harus dilakukan apabila bayi memerlukan bukaan yang lebih besar untuk keluar semasa proses bersalin.

Dan si ayah pun kena lah faham dan beringat dan harap banyakkan bersabar…sabar tu separuh dari iman.

2. Pemakanan

Sebolehnya ibu-ibu dalam pantang ni dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana ianya hanya akan menyebabkan darah nifas berbau, kering dengan cepat dan melemahkan daya ketahanan mental dan fizikal. Sebenarnya bidan melayu dulu-dulu pun menggalakkan makan ikan segar tetapi harus elakkan memakan ikan-ikan yang berbisa seperti contohnya ikan bawal hitam, terubuk, duri, pari,parang dan sembilang kerana takut berbisa atau bentan pada pintu rahim.

Selain ikan tersebut , ada jenis ikan yang boleh menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan alahan seperti ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.
Habis tu ikan apa yang boleh dimakan ye?

Mengikut petua orang-orang tua , ikan yang disyorkan adalah seperti ikan selar, haruan dan ikan yang tidak berbisa yang lain-lainnya. Ikan haruan dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran kerana ianya mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka.

Dari segi ulaman pula terdapat banyak jenis ulam tempatan yang boleh diperolehi di mana-mana sahaja seperti serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum dan juga halia. Ulaman ini memang mengandungi banyak zat galian (mineral) , fiber dan pelbagai vitamin seperti vitamin A, C dan E, dan kesemua itu mempunyai kadar anti oksidan yang tinggi yang mana amat baik untuk kesihatan tubuh badan semasa berpantang.

Vegetable-Salad-with-a-Kick_0

Selain dari ulam diatas ada banyak lagi ulam yang boleh dimakan ketika berpantang seperti daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun cemumar, daun bebuas ,daun ruku dan sebagainya akan tetapi Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran yang bersifat sejuk serta berangin seperti kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, kacang panjang, petola, labu, rebung, petai, jering serta terung dan yang lain-lain lagi yang mana boleh dirujuk dari orang-orang tua juga ibu-ayah kita dan juga pakar pemakanan.

Perkara yang satu ni mandatori tidak boleh diambil ketika berpantang ialah minuman bergas!.Selain dari itu minuman yang sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau dan kelapa muda juga harus dielakkan

3. Ketahan Jiwa Dan Emosi

Tidak jarang ibu yang baru melahirkan anak mengalami tekanan perasaan dan emosi. Masalah ini boleh ada sejak ibu hamil dan berterusan hingga melahirkan anak kerana semasa berpantang ibu perlu memberi jagaan yang rapi kepada bayi.Perkara ini memberi kesan yang kuat terhadap jiwa dan emosi ibu. Akibat tekanan ini , ramai wanita mengalami masalah kemurungan dan ada yang lebih teruk lagi mengalami sakit jiwa dan meroyan.Dalam sesetengah keadaan yang amat menekan jiwa (nauzubillahiminzalik ) ada segelintir yang cuba membunuh diri .
Tekanan jiwa dan emosi ini boleh dielakkan jika ada sokongan dan nasihat yang sentiasa oleh orang yang penting dalam hidup si ibu seperti sang suami. Ibu dan ayah. Si isteri sepatutnya diberi sokongan bukan sahaja dari segi fizikal dalam penjagaan terhadap isteri dan bayi yang baru lahir, tetapi juga harus ada sokongan dari segi moral dan nilai keagamaan.

4. Rawatan Diri

Bengkung :

Mengikut sejarah perbidanan tradisional mahu pun moden, kegunaan bengkung, terutama bagi ibu bersalin normal adalah penting untuk mengelakkan kemasukkan angin sejuk di liang-liang perut dan memudahkan keluarnya angin panas dan kotor dengan mengikat barut dan ubat yang sempurna. Bengkung yang bagus adalah bengkung yang mempunyai diameter yang panjang menutupi daripada paras bawah dada sehingga ke bawah pinggul. Ini dapat memberi sokongan yang kuat dan kukuh pada atas rahim.

Bengkung ini seelok-eloknya dipakai sepanjang masa dan hanya ditanggalkan ketika mandi. Ia boleh mula dipakai pada hari ke-4 sampai tamat tempoh pantang atau seberapa lama yang anda kehendaki.Memakai bengkung yang kemas dan sempurna dapat membantu mengembalikan bentuk badan ke bentuk asal dengan lebih cepat.

Urutan tradisional :

Urutan boleh memulihkan aliran darah, mencuci dan mengeluarkan darah, angin dan lendir yang kotor serta melawasakan nifas daripada tersekat atau tersumbat. Ianya juga boleh menenangkan jiwa , melegakan bisa otot dan sendi dan meringankan tubuh badan yang lesu. Walaubagaimana pun dilarang untuk mengurut secara kasar ,mengasak, menekan, serta menolak peranakan dalam tempoh 3 minggu pertama. Ini kerana peranakan masih lemah, luka dan bengkak. Hanya urut dibahu, leher, dada dan payudara. Kemudian dari bahu ke siku, lengan dan jari-jemari. Selepas 44 hari baru lah boleh disentuh di bahagian kedudukan Rahim itu pun harus mulai dengan lembut dan perlahan.

Minum air akar kayu, jamu dan produk kesihatan :

Digalakkan bagi ibu-ibu selepas bersalin meminum air akar kayu, jamu dan produk kesihatan yang boleh dibeli terus dari toko dan kedai produk kesihatan yang ada.Amalan ini dapat menyihatkan badan di samping mengembalikan kesegaran kaum ibu sepanjang tempoh berpantang serta turut membantu mengecutkan rahim secara rawatan dalaman sepanjang ianya diambil.

Nah! Sekarang kita sudah tahu serba sedikit tentang amalan semasa berpantang dan hendaklah ianya dijadikan amalan kita yang mana sudah menjadi amalan tradisi dari turun temurun lagi

berurut

Badan Ramping Selepas Bersalin

Semasa zaman kita anak dara memang badan cantik dan solid Tetapi bila dah berumahtangga ni kebiasaannya perut perempuan akan berubah menjadi buncit dan mengelebeh terutama bila dah dapat anak.

Kalau anak pertama mungkin masih ok lagi, tapi bila dah masuk anak kedua, memang Nampak sangat perubahannya.

Sebenarnya ada tips yang sangat berkesan untuk ‘rata’kan balik perut dan kembali langsing. DUA BENDA ni mesti kena pakai :

1. Bengkung

2. Losyen Halia dan Limau Nipis

Kami tahu ramai yang malas nak pakai bengkung ni sebab agak leceh namun ianya harus juga dilakukan dengan sabar dan bersemangat untuk kembali menawan dan ramping jelita agar si suami bertambah sayang dan cinta bertambah erat.Banyak bentuk bengkung yang boleh diapati di kedai yang menjual dengan perbagai harga mengikut kemampuan.

Kedua, pakai Losyen Halia dan Limau memang sangat- sangat bagus.Tapi, PASTIKAN Losyen yang sesuai dengan kulit perut kita. Kalau tak panas pun tak sedap. Kalau panas sangat pun nanti effect pada kulit perut kita jadi merah dan agak menyakitkan.

Kami syorkan guna Losyen Mustajab Pati Halia dan Limau Dunia Herbs sebab kesannya boleh dikatakan sangat cepat dan berkesan.Boleh cari di semua kedai jamu di seluruh negara

slide limau

CARANYA..?

1. Sapukan LOSYEN HALIA DAN LIMAU MUSTAJAB DUNIA HERBS ini kat perut. Urutkan dengan lembut ke seluruh bahagian pinggang terutama bahagian yang menggelebeh. Losyen ini juga boleh mengurangkan kesan rekahan dan selulit di bahagian perut dan pinggul.

2. Pakai BENGKUNG dengan ketat yang kita selesa.

WAKTU BILA NAK PAKAI?

Boleh disapu sepanjang tempoh berpantang pagi dan petang selepas mandi

APA CABARANNYA?

3 minggu tu mesti kena rajin pakai. Bukan seminggu sekali atau selang- selang ya! . Kalau macam tu memang lambatlah nak ramping.

NAK TAMBAH LAGI CANTIK?

Kenalah kawal pemakanan kita tu Jangan masa berpantang je jaga, dah habis pantang pun kena jaga makan. Sekurang-kurangnya boleh sambung sapu Losyen Mustajab Pati Halia dan Limau ni kat perut dan kawal cara pemakanan.

Cara ni bukan saja terhad untuk orang berpantang, orang tak berpantang pun digalakkan.

Selamat mencuba..

Shares
One Comment
0 Pings & Trackbacks
0 Pings & Trackbacks

Leave a Reply