Akibat Tidak Berpantang Selepas Bersalin

Berpantang Selepas Bersalin

Berpantang Selepas Bersalin
Berpantang Selepas Bersalin

Kebanyakkan wanita selepas bersalin degil dan malas apabila disuruh berpantang.

Ada segelintirnya langsung tidak peduli akan kebaikan atau mengapa mereka harus berpantang sedangkan generasi tua sangat menitik beratkan hal hal berpantang selepas bersalin.

Wanita yang abaikan proses berpantang dikatakan mudah di serang penyakit terutama apabila usia semakin meningkat.

Memang sudah lumrah manusia lebih suka ikut kehendak hati sendiri berbanding menuruti nasihat orang yang lebih tua.

Namun masih ada segelintir yang percaya dengan berpantang selepas bersalin ini.

Di zaman teknologi masa kini, terdapat pelbagai informasi dari bahan bacaan, keluarga rapat, teman teman atau dari mereka yang pakar dalam bidang kehamilan dan kelahiran.

Seisi berpantang tidaklah seburuk yang anda sangka malah jika anda konsisten sepanjang tempoh 44 hari berpantang.

Hasilnya sangat menakjubkan pada kesihatan dan kecantikan tubuh badan anda kerana tempoh berpantang di anggap sebagai masa untuk merawat, menyucikan dan memulihkan tubuh badan selepas bersalin.

Anda perlu tahu akibat dan kesan pada diri sendiri jika anda mengelak dari berpantang.

RAHIM JATUH / PROLAPSE
Prolapse Rahim adalah di mana keadaan rahim jatuh ke bawah dan ada kala terkeluar dari saluran faraj.

Keadaan ini biasanya di sebabkan oleh ligament dan otot yang sepatutnya memegang rahim pada kedudukan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran.

Justeru itu rahim seakan akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.

Keadaan ini merangkumi beberapa peringat;
• Pada peringkat awal ianya hanya jatuh sedikit daripada kedudukan asal
• Pada peringkat kedua di mana pintu rahim jatuh sehingga kepermukaan faraj
• Pada peringkat ketiga, keadaan semakin teruk apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj. Biasanya keadaan ini di gelar ‘tombong’

GANGGUAN BUANG AIR KECIL
Ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan berhadapan dengan masalah buang air kecil.

Keadaan ini sudah pasti akan mengganggu dan menyulitkan tugasan harian anda terutama saat menunaikan amalan ibadah antaranya solat;
• Kerap buang air kecil
• Sakit saat mahu buang air kecil
• Buang air yang tidak terkawal terutama ketika batuk atau ketawa yang kuat. Ini di panggil ‘stress incontincence’

GANGGUAN HUBUNGAN KELAMIN
Di sebabkan berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya bahagian otot yang memegang faraj di panggil Pelvic Floor Muscle.

Maka kekuatannya untuk mencengkam atau mengemut dalam proses hubungan ‘seksual’ kemungkinan akan terganggu malah kepuasan dan kenikmatan hubungan seks tersebut akan kurang memuaskan terutama pada pihak sang suami berpunca dari pelbagai faktor antaranya kekenduran atau kelemahan di bahagian otot sekeliling faraj.

GANGGUAN KESIHATAN
Dalam kes prolapse yang teruk atau peringkat ketiga di mana keseluruhan rahim terkeluar yang akan menyebabkan pintu rahim bergesel dengan seluar dalam sehingga menyebabkan luka atau erosion.

Luka ini akan dijangkiti kuman mengakibatkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak.

Untuk jangkamasa yang panjang akan ada kes di mana berlakunya ketumbuhan akibat daripada pergeseran yang berpanjangan.

SAKIT PINGGANG DAN TIDAK SELESA DI BAHAGIAN SULIT WANITA
Gangguan lain yang pasti akan timbul akibat dari proplapse rahim adalah rasa tidak selesa di bahagian sulit wanita apabila ada sesuatu ianya rahim terkeluar daripada faraj.

Keadaan ini berlaku jika anda banyak berdiri atau berjalan.

Rahim yang dalam keadaan jatuh akan menarik otot dan sering kali juga tertarik urat di bahagian pinggang menyebabkan kesakitan pada bahagian pinggang.

BENTAN

Bentan Urat
• Badan akan tiba tiba lemah, demam serta bisa bisa urat malah setiap sendi badan antaranya lutut akan mengalami kesejukan walaupun di waktu tengahari sehingga terpaksa berselimut tebal.

Seluruh otot badan tegang dan kekejangan. Sering berlaku apabila ibu terlalu aktif atau melakukan aktiviti fizikal yang melampau.

Bentan Urat Peranakan / Urat Rahim (Ari Ari)
• Kesakitan dibahagian ari ari yang sederhana atau terlampau sakit hingga mengakibatkan tumpah darah.

Adakala kesakitan ini menyebabkan lutut bertemu dagu sebab menahan sakit dan sukar untuk meluruskan badan.

Terjadi pada ibu yang mengangkat barang atau benda berat.

• Untuk atasi masalah ini, ibu disyorkan berbaring atas lantai tanpa lapik bantal.

Alas punggung anda dengan 2 biji bantal atau ibu boleh sandarkan kaki pada dinding untuk kurangkan pengaliran darah keluar.

Bentan Urat Besar (Pinggang)
• Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul yang dikenali sebagai urat sum.

Ibu yang mengalami bentan urat besar ini akan merasa lenguh dan sakit di atas bahagian belakang.

Sering berlaku pada ibu yang bersalin secara pembedahan.

Kerap mengalami kesakitan dibahagian pinggang dan tumit yang serius sehingga terpaksa jalan terjingkit jingkit.

Ibu boleh berjalan capik seumur hidup jika di biarkan.

Gerun bila membaca kesan apabila mengabaikan seisi berpantang ini, lebih membabitkan bahagian dalam wanita.

Oleh itu tiada alasan untuk anda mengelat dari berpantang.

Anda boleh modenkan cara berpantang anda, ada banyak kaedah yang akan memudahkan untuk anda berpantang antaranya dengan LOSYEN MUSTAJAB PATI HALIA DAN LIMAU NIPIS yang di formulakan khas untuk wanita selepas Bersalin dan Berpantang.

Terdiri dari ramuan Pati Halia dan Pati Limau Nipis untuk membantu kesihatan dan kecantikan tubuh badan anda.

Losyen Mustajab Hijau ini mampu mengantikan fungsi Param dan Pilis tanpa mencomotkan kulit anda malah boleh jimat masa apabila tidak perlu nak bancuh rempah.

Anda boleh cadangkan Losyen Mustajab Hijau ini pada tukang urut atau mak bidan ketika proses Urutan pada keseluruhan badan anda.

Anda akan rasa lebih selesa tanpa rasa melekit kerana Losyen sifat Losyen Mustajab ini tidak berminyak ditambah dengan Bauan Aroma yang menyegarkan.

Sesudah proses urutan, lilitkan kemas badan anda dengan Bengkung untuk membantu Pembakaran Lemak agar anda bisa kembali pada Bentuk Badan yang Langsing, Ramping dan Kempis di Perut.

Pembentukan Parut Rekahan diPerut antara yang wajib terjadi pada kulit perut ibu selepas bersalin.

Walaupun parut ini terlindung dari pandangan luar tetapi anda harus rawat demi untuk encik suami.

Limau Nipis di katakan berkhasiat untuk membantu anda memiliki kulit mulus tanpa cela.

Maka tidak salahlah kami memilih ramuan ini untuk merawat Parut Rekahan di Perut anda.

Satu perkara lagi yang penting untuk ibu berpantang adalah mencegah dari Angin masuk dalam badan.

Beringatlah untuk gunakan Losyen Mustajab Hijau ini pada keseluruhan bahagian Betis sehingga ke Kaki sebelum sarung stoking agar anda tidak kesejukan, sakit kepala atau sakit sakit badan.

Kaedah penggunaan Losyen Mustajab Pati Halia Limau ini tidak menyulitkan.

Hanya perlukan sapuan perlahan secara konsisten setiap kali selepas mandi pagi dan malam.

Sangat di syorkan pada ibu berpantang sendiri atau ibu yang mahukan cara berpantang moden.

Cara moden bukan tidak efektif cuma ianya lebih kepada tidak mahu ibu berpantang merasa terbeban atau tekanan sepanjang tempoh mereka berpantang malah anda mampu untuk memulihkan kesihatan dan kembalikan kecantikan tubuh badan anda walaupun sudah bergelar ibu.

SAPU-SAPU JER, MUSTAJAB!

Kegunaan Wanita Selepas Bersalin
Sangat sinonim untuk kegunaan wanita selepas bersalin, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis yang menggunakan ramuan utama pati limau nipis dan pati halia mempunyai pelbagai kegunaan hanya di dalam satu produk sahaja.

Limau nipis biasa digunakan oleh wanita-wanita selepas bersalin semasa dalam pantang sebagai salah satu bahan untuk mengempiskan perut dan menyegarkan badan yang lesu serta keletihan selepas melahirkan. Kebiasaan digunakan semasa memakai bengkung atau dicampurkan di dalam air mandian ketika berpantang.

Berpantang Secara Moden
Sesuai dengan arus kemodenan dan masih mengamalkan petua-petua tradisional, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis memudahkan ibu-ibu untuk mengempiskan perut dengan hanya sapuan losyen di perut ditambah dengan sedikit urutan dan memakai bengkung untuk mendapatkan kesan yang paling optimum. Ianya dapat menjimatkan masa dan memudahkan ibu-ibu untuk mengurus diri sewaktu berpantang terutama ibu-ibu yang berpantang sendiri. Ianya tidak berminyak dan mudah menyerap, itulah antara kelebihan losyen ini.

Harga : SM RM25.00 / SS RM28.00
Kandungan : 130ml

Info Lanjut : Klik Disini

Beli Online : Klik Disini

* Kesemua produk dari Dunia Herbs ini mudah didapati di toko² atau kedai jamu dan hypermarket di seluruh Malaysia!

Talian Khidmat Pelanggan : 017-3798861

Whatsapp : Klik Terus Disini

Shares

Leave a Reply