Aduh!! Sakitnya Kepala

sakit kepala

Assalamualaikum…Semua Pembaca..

 

Sehari dua ni Tok Aki sakit kepala. Tok Aki tak pasti apakah penyebabnya. Mungkin terlebih minum kopi atau cuaca di negara kita pada masa ini terlalu panas sehingga menjejaskan tahap kesihatan Tok Aki.

 

Apabila sakit kepala segala urusan kita seharian tidak dapat dilakukan dengan sebaiknya. Sakit kepala yang berdenyut-denyut menyebabkan segala nikmat hilang sekelip mata. Lebih-lebih lagi perlakuan yang membabitkan nikmat makan dan tidur.

 

Sakit kepala yang dihadapi jika tidak dirawat dengan secepat mungkin akan membahayakan kesihatan. Kesihatan yang Tok Aki maksudkan bukan sekadar yang berkaitan dengan daya tahan badan, malah mungkin mengundang bahaya lain termasuk kemalangan sekiranya mereka yang menghadapi masalah ini bekerja sebagai pengendali mesin atau pekerjaan yang memerlukan tumpuan dan fokus.

 

Namun, kita sering diberitahu tidak kira oleh ibu bapa atau orang lebih tua, jika sakit kepala perlu makan Panadol. Jenama Panadol sudah tersemat sejak dulu lagi. Ia termasuklah Colgate untuk ubat gigi walaupun berjenama lain.

 

Isteri Tok Aki adalah insan yang susah nak makan ubat jika sakit kepala kerana baginya ubat kimia kebanyakan memberi kesan sampingan kepada badan (walaupun iklan Panadol mendedahkan ubatnya tidak memberi kesan kepada badan dan boleh dimakan ketika perut kosong).

 

Bukan Tok Aki nak menidakkan Panadol sebagai ubat mujarab merawat sakit kepala. Ini kerana mereka memiliki hujah dan kajian tersendiri mengenai ubat mereka dan ia diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM).

 

Namun, sudah semestinya orang tua kita memiliki kaedah untuk merawat sakit kepala tanpa memakan ubat kimia.

 

Hakikatnya, sakit kepala perlu dirawat secepat mungkin untuk mengelakkan ia menjadi lebih paras sehingga kepada kemurungan, migrain, masalah penglihatan, jangkitan pada otak dan tekanan.

 

Tok Aki ingin kongsikan beberapa petua turun-temurun untuk merawat sakit kepala.

 

Petua 1: Limau Kasturi

Mudah saja. Ambil beberapa biji limau kasturi, kemudian perah atas kepala dengan rata dan ramaskan rambut anda terutama di bahagian yang dirasakan sakit. Selepas siap, jangan dibuang kulit limau kasturi itu sebaliknya masukan dalam mangkuk yang berisi air bersih. Apabila sesi memicit selesai, jiruskan air dalam mangkuk tadi ke kepala dan badan.

 

Petua 2: Epal

Petua ini senang dan menyedapkan. Sentiasa amalkan. Jadikan epal sebagai buah yang perlu ada dalam peti sejuk rumah anda. Setakat ini ia amat mujarab untuk merawat sakit kepala. Kaedah penggunaan mudah iaitu dengan memakan epal yang ditaburkan garam setiap pagi kemudiannya meminum air masak.

 

Petua 3: Jus Mustajab GOLD keluaran Dunia Herbs

jus-mustajab-gold-slide

Petua 3: Jus Mustajab GOLD keluaran Dunia Herbs

Tok Aki yakin ia satu berita gembira kepada semua yang sering sakit kepala. Ini kerana sakit kepala sering dikaitkan dengan masalah pengaliran darah. Oleh yang demikian Jus Mustajab GOLD adalah produk yang paling sesuai untuk mengatasi masalah ini kerana ia membantu melancarkan pengaliran darah dan mengurangkan sakit kepala.

 

Harganya tidak mahal untuk merawat pelbagai penyakit iaitu RM128 (SM) dan RM138 (SS) sebotol (500 ml).

Selamat mencuba petua yang Tok Aki kongsikan dan JANGAN LUPA!!! DAPATKAN JUS MUSTAJAB GOLD. Jadikan ia satu keperluan di rumah anda….

Sekian..

Shares

Leave a Reply