7 Kebaikan Rendam Kaki Dalam Air Panas Bercampur Garam

garam

7 KEBAIKAN RENDAM KAKI DALAM AIR PANAS BERCAMPUR GARAM

Ternyata merendamkan kaki dalam air panas dicampurkan dengan sedikit garam selain dapat membuat kita menjadi rileks dan ianya juga boleh membersihkan kuman yang bersarang di telapak kaki.

Merendam kaki juga dapat membuat kaki kita menjadi lebih ringan. Ianya juga sememangnya dipercayai dapat menghilangkan lenguh-lenguh dan kesemutan. Apa lagi kebaikan rendam kaki dalam air panas dan garam ni ya?

1. Menghilangkan Bau Pada Kaki

Untuk yang mengalami masalah bau kaki, anda boleh try rendamkan kaki denagan air panas bercampur garam. Air garam boleh menghilangkan bakteria yang ada pada kaki.

2. Mengatasi Masalah Kulit Kaki Pecah-Pecah dan Kasar

Merendam kaki di dalam air panas dicampurkan dengan garam dapat menanggalkan kulit mati dan dapat merawat masalah tumit kaki pecah dan kasar.

3. Mengatasi Selsema, Demam, dan Batuk

Tiga penyakit tersebut dapat diatasi dengan cara merendamkan kaki di dalam air panas bercampur garam. ini kerana proses rendaman kaki tersebut membuat tubuh kita menjadi lebih segar dan sakit akan berkurangan.

4. Melegakan Sakit Kepala

Selain selsema, rendaman kaki dengan air panas dan garam juga bermanfaat untuk rawatan sakit kepala.

5. Menenangkan Jiwa

Proses rendaman air panas dan garam juga dapat menenangkan jiwa dan memberikan kesegaran pada tubuh kita.

6. Perjalanan Darah Menjadi Lancar

Air Panas yang telah dicampurkan dengan garam juga amat bermanfaat untuk memperlancarkan perjalanan darah. Tidak hanya air panas bergaram, tetapi juga air panas biasa.

7. Dapat Menghilangkan Kuman dan Bakteria yang Bersarang di Kaki

Segala kuman dan bakteria penyebab kaki berbau, kaki menjadi kasar akan dapat diatasi dengan cara merendamkan kaki menggunakan air panas yang dicampurkan dengan garam.

Haa itulah antara 7 kebaikan merendam kaki di dakam air panas dan garam, tapi kalau anda ada masalah kesihatan yang serious pergi lah berjumpa doktor terus ya, jangan rendam kaki pula!

Shares

Leave a Reply