7 Kebaikan ‘Green Tea’ Yang Perlu Kita Tahu!

Teh Hijau atau lebih dikenali sebagai “green tea” adalah teh yang bagus untuk diminum kerana ia dapat membantu organ-organ kita untuk berfungsi lebih sempurna dan sihat. Green tea amat dikenali oleh seluruh dunia tetapi ramai tidak tahu kelebihannya. Harini admin nak share 7 kebaikkan kenapa korang perlu minum green tea.

1) Kulit Sihat
kulit sihat

Green tea dapat membantu menyihatkan kulit kita dari luar dan dalam.

2) Mengurangkan Berat Badan
mengurangkan berat badan

Ini kerana green tea mempunyai kafien yang dapat membantu meningkatkan tenaga kita semasa bersukan atau bersenam.

3) Mengekalkan Rambut Kuat
mengekalkan rambut kuat

Khasiat green tea dapat membantu memperkuatkan rambut dan dapat merawat rambut yang kurang sihat.

4) Menyihatkan Tubuh Badan
menyihatkan tubuh badan

Green tea juga dapat membantu melancarkan sistem penghadaman kita. Selain itu ia juga membantu mengelakkan daripada terkena jangkitan penyakit.

5) Kaya Dengan Vitamin C
kaya dgn vitamin

Dengan vitamin C, tubuh kita akan lebih tahan pada cuaca panas ataupun sejuk dan susah untuk demam atau selsema.

6) Mengurangkan Kolestrol
mengurangkan kolestrrol

Dengan khasiat green tea, ia dapat membantu mengurangkan kolestrol dan akan digantikan dengan kolestrol yang baik dalam badan.

7) Menyihatkan Otak
menyihatkan otak

Green tea dapat membantu mengurangkan stress dan dapat melegakan badan supaya kita lebih tenang untuk menghadapi hari yang sentiasa sukar.

green tea
Jadi marilah kita mulakan hari kita dengan minuman green tea. 1-3 gelas sehari sudah mencukupi untuk tubuh badan kita.

Shares

Leave a Reply