5 ‘Fitness Habit’ Yang Perlu Anda Buang Jauh-jauh!!

1. ANDA RUSHING.
You guys nak bersenam tapi rushing sampai tak sempat nak ‘warm up’. Tak perlu rushing.. Pastikan anda buat warm up dulu, focus dan kemudian baru lakukan aktiviti senaman anda. Ini penting supaya anda tak mengalami masalah seperti terseliuh, ‘leg cramp’ dan sebagainya.

2. ANDA MENETAPKAN MATLAMAT YANG TIDAK REALISTIK.
Contohnya you guys tetapkan goal nak turun 15 kg dalam masa seminggu. Oh wow! Banyaknya tu.. Bila goal tak dapat dicapai, berkemungkinan besar anda akan rasa ‘demotivated’ lepas tu dah tak nak bersenam.. Tetapkan mini goal dahulu, pastikan ianya realistik dan dapat dicapai. Contohnya turunkan berat 2 kg dalam seminggu, dan senaraikan apa yang anda perlu buat untuk turunkan berat anda tu.

3. ANDA TIDAK BEREHAT.
Anda bersenam setiap hari, without missed! Mungkin anda rasa hebat sebab boleh pergi gym buat latihan senaman setiap hari.. tetapi anda perlu tahu badan juga memerlukan rehat bagi proses pemulihan muscles. Proses recovery ini boleh meningkatkan prestasi dan juga membantu anda meningkatkan intensiti pada tubuh. Tak boleh duduk diam? Nak jugak exercise! Well apa yang anda boleh buat ialah lakukan senaman yang mudah, berbasikal, atau yoga.

4. ANDA LAKUKAN AKTIVITI SENAMAN YANG SAMA.
Anda lari dengan kelajuan larian yang sama, jarak yang sama setiap kali anda jogging. Atau buat aktiviti yang sama di gym which is lari di treadmill 2 jam setiap hari. Well, anda mungkin akan stop seeing the result kalau buat aktiviti yang sama setiap hari, ini kerana badan dah serasi dengan latihan tersebut. Seeloknya tambahkan intensity latihan anda supaya anda akan mendapat result (penurunan berat) yang berterusan.

5. ANDA MENGABAIKAN KEPERLUAN NUTRISI TUBUH.
DIET SEIMBANG adalah sangat penting bagi anda yang nak turunkan berat. Kalau main makan je semua yang terhidang depan mata, jangan tanya kenapa anda jogging hari-hari pun takde kesan. Hahah. Makan makananan yang memenuhi keperluan nutrisi badan bagi mendapatkan lebih banyak tenaga, meningkatkan prestasi atletik, meningkatkan sistem imun anda, menurunkan keradangan dan banyak lagi. Menjaga pemakanan adalah sangat penting bagi anda yang ingin mengurangkan KG!


  • Pilihan Oki Untuk Seisi Keluarga

    slide halia

  • Pilihan Oki Ketika Berpantang

    slide limau

  • Pilihan Oki Untuk Pelangsingan Badan

    slide halia

  • Pilihan Oki Untuk Aktiviti Lasak

    slide limau

* Kesemua produk dari Dunia Herbs ini mudah didapati di toko² atau kedai jamu dan hypermarket di seluruh Malaysia!

Talian Khidmat Pelanggan : 017-3798861

Shares

Leave a Reply