Info Tentang Halia

Pengenalan

Halia (nama botani: Zingiber officinale Roscoe) merupakan salah satu jenis rempah ratus yang bukan sahaja banyak digunakan dalam masakan timur dan barat malah antara rempah yang terpenting diperniagakan di dunia.

Tanaman ini berasal dari Asia Tenggara dan sekarang ditanam secara meluas di seluruh dunia. Antara negara yang banyak mengeluarkan halia ialah India, China, Nigeria, Australia dan Thailand. Penanaman halia di Malaysia boleh dikatakan masih diusahakan secara kecil-kecilan sebagai tanaman tunggal atau selingan bersama tanaman saka seperti nanas, getah dan kelapa sawit.


Khasiat dan Kegunaan

Masakan & Makanan

Halia digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan dalam bentuk halia segar, halia kering dan halia bergula. Halia juga boleh diproses sebagai serbuk halia, halia jeruk dan bahan perasa untuk pelbagai makanan seperti sos dan bakeri.

Perubatan.

Biasanya dalam perubatan halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia. Halia dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar.

Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrain, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada. Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat. Penyelidikan yang dibuat oleh penyelidik Universiti Michigan yang diterbitkan di American Association of Cancer Research menunjukkan bahawa halia mampu membunuh sel barah.

Kegunaan Lain.

Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin. Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan ubatan.

Losyen Mustajab Pati Halia.

Losyen Mustajab Pati Halia adalah produk perintis keluaran dari Dunia Herbs yang mana ianya menggunakan 100% ekstrak pati halia dan campuran ramuan herba yang dirumus khas untuk membantu dan mempercepatkan proses pembuangan lemak dan selulit di bahagian pinggang dan perut agar kembali ramping seperti sediakala tidak kira lelaki, perempuan mahupun tua atau muda.

Kajian yang telah dilaporkan dalam The New England Journal of Medicine 1981, mencadangkan halia digunakan sebagai diet untuk permasalahan berkaitan koronari. Mengikut perubatan melayu tradisional halia juga dapat membantu masalah senggugut oleh kaum wanita dan baik untuk demam selsema. Losyen halia merupakan rumusan botani yang unik di mana ianya menggunakan ekstrak pati halia berkualiti tinggi bagi menghasilkan kesan yang optimum.

Losyen pati halia amat berkesan untuk melangsingkan badan kerana ianya dapat membakar lemak dengan berkesan tanpa memberikan kerosakan pada kulit malah dapat menghaluskan tekstur kulit. Ianya amat sesuai untuk ibu lepas bersalin terutamanya bagi menanggalkan selulit dan mengempiskan perut. Selain itu juga ianya baik untuk kegunaan seisi keluarga.

Pengesahan halal produk pati halia tidak perlu dipertikaikan. Produk pati halia keluaran Dunia Herbs adalah menepati piawaian syariah dan disahkan halal. Ianya disokong dan disahkan halal serta diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim).


Alamat IP anda : 38.107.179.238
 Kaedah Pembayaran:

Hak cipta © 2012 Dunia Herbs Online Shopping.
Dibina dengan Zen Cart.
Rekabentuk oleh Karya IT.
Kenyataan Privasi | Syarat Penggunaan

Selamat Datang ke Dunia Herbs®!

 Log Masuk Pelanggan:


Lupa Kata Laluan
Daftar Sebagai Ahli

Kart Shopping

Bilangan Item: 0 item.